Jari jemari kita ni kan.. UNIK!!
Percaya atau tidak?
Cuba lihat jari jemari kita sendiri..
tinggi aje berbeza-beza kan?
Setiap satu perlukan antara satu sama lain
Sebab setiap satu dari jari-jari itu
punya fungsinya masing-masing
bayangkan jika tidak cukup satu jari
mampukah nak mengenggam penumbuk?
Pasti tak mampu kan?
Samalah ibaratnya dengan kehidupan manusia
Kita ini diciptakan Tuhan
pelbagai bangsa dan budaya
Belum dicampur dengan individualiti kita masing-masing
Antara kita sangat memerlukan
Kerana setiap dari kita punya fungsi,
kebolehan dan kecekapan kita masing-masing
Kalaulah kita mampu berkerja sama
Saling membantu antara satu sama lain
Bukankah kita akan menjadi satu pasukan yang baik??!!
Tapi sikap manusia
Lebih gemar menunding dari bekerjasama
Lebih suka menindas dari membantu
Lebih pantas menidakkan kesilapan sendiri
dari membetulkannya
Ibarat ada dua tangan tapi hanya guna sebelah
Ibarat ada lima jari tapi hanya suka pada satu sahaja
Betapa manusia dalam kerugian
Jika itu jadi pilihan
Maka marilah kita melakukan perubahan
Cuba melihat dunia dalam konteks jari jemari
Saling bersama biar berbeza
Saling membantu dalam cara tersendiri
Betapa indahya jari jemari ini
UNIK kan???!!
No comments:
Post a Comment