Lately aku dah terlalu preoccupied dengan keja sampai tak cukup masa nak berehat. Last week demam tros. Adesss.. Apa nak buat. Nak bebel-bebel dalam blog pun tak ada topik yg best untuk dibebelkan.
Too much work and too little time to spent buat badan jadi letih. Mananya tak letih? Dah tentu segala aktiviti ko cramp in tak hagakkk kan? Macam tiada esok aje gayanya.. Huhuhu. Right now I'm working almost 24-7.. Perlu beres! Beres! Beres! Kalau tidak sangkut. Ni musim keja aku tersangkut lah ni.. Last week 2 hari aku tak datang keja. Adoiiyaiiii....
BTW ~ bila daa OT nak masuk?! Aku banyak benda nak settle ni.. Dayummmmm!!!!
Sent from my BlackBerry® smartphone
Tuesday, February 26, 2013
Tuesday, February 19, 2013
There Are Times...
There are times
When words don't rhyme
A silent tone pulsing hard
Calling for help but no one heard
Awaiting scream inside my heart
Killing & tearing me part by part
There are times
When diamonds lost its shine
No one knew
How things got screwed
Foreseen beauty
Turns to be ugly
Left alone in the dark
Never again to see the spark
Sent from my BlackBerry® smartphone
When words don't rhyme
A silent tone pulsing hard
Calling for help but no one heard
Awaiting scream inside my heart
Killing & tearing me part by part
There are times
When diamonds lost its shine
No one knew
How things got screwed
Foreseen beauty
Turns to be ugly
Left alone in the dark
Never again to see the spark
Sent from my BlackBerry® smartphone
Friday, February 15, 2013
Jari Jemari
Jari jemari kita ni kan.. UNIK!!
Percaya atau tidak?
Cuba lihat jari jemari kita sendiri..
tinggi aje berbeza-beza kan?
Setiap satu perlukan antara satu sama lain
Sebab setiap satu dari jari-jari itu
punya fungsinya masing-masing
bayangkan jika tidak cukup satu jari
mampukah nak mengenggam penumbuk?
Pasti tak mampu kan?
Samalah ibaratnya dengan kehidupan manusia
Kita ini diciptakan Tuhan
pelbagai bangsa dan budaya
Belum dicampur dengan individualiti kita masing-masing
Antara kita sangat memerlukan
Kerana setiap dari kita punya fungsi,
kebolehan dan kecekapan kita masing-masing
Kalaulah kita mampu berkerja sama
Saling membantu antara satu sama lain
Bukankah kita akan menjadi satu pasukan yang baik??!!
Tapi sikap manusia
Lebih gemar menunding dari bekerjasama
Lebih suka menindas dari membantu
Lebih pantas menidakkan kesilapan sendiri
dari membetulkannya
Ibarat ada dua tangan tapi hanya guna sebelah
Ibarat ada lima jari tapi hanya suka pada satu sahaja
Betapa manusia dalam kerugian
Jika itu jadi pilihan
Maka marilah kita melakukan perubahan
Cuba melihat dunia dalam konteks jari jemari
Saling bersama biar berbeza
Saling membantu dalam cara tersendiri
Betapa indahya jari jemari ini
UNIK kan???!!
Tegak Teguh Berdiri
Aku masih disini
Tegak teguh berdiri
Ada masa berlari
Ada tersandung kaki
Tak kenal erti getir
Biar dipanah petir
Walau halangan berduri
Tempuh rapat berani mati
Engkau masih disitu
Angkuh sinsing lengan ke siku
Cengil wajah saja ditayang
Bagai pelakon bermain wayang
Tapi satu yang engkau tiada
Ilmu dan akal tidak sekata
Biar gah di mata mereka
Pasti tidak di hari muka
Dengan seribu daya
Cuba jatuhkan semuanya
Tapi qadak Tuhan sudah tertulis
Tak mungkin biasa ditepis
Tangan ditadah tinggi
Sentiasa redha dan mensyukuri
Apa saja ketentuannya
Terima segala hati terbuka
Kerana syukur aku disini
Masih tegak teguh berdiri
Selagi nyawa dikandung badan
Akan ku lawan setiap serangan
Engkau takkan bisa meruntuhkan
Tembok ini tanpa keizinan Tuhan!!!
Wednesday, February 6, 2013
The Unwanted : ROHINGYA
Dari
segi kerjaya, memang aku akui kerjaya aku membuatkan aku lebih menyayangi
Malaysia. Aku berbangga menjadi rakyat Malaysia. Kerjaya ini juga membuatkan
aku memahami betapa pentingnya kita menitik beratkan kepentingan kita sebagai rakyat
Malaysia, hak-hak kita sebagai warganegara harus diutamakan daripada melayan
dan memperakukan tuntutan oleh orang-orang yang bukan warganegara Malaysia.
#NuffSaid
Hari
ini aku nak bercakap tentang satu bangsa yang telah diklasifikasikan oleh dunia
sebagai BANGSA YANG TIDAK KEHENDAKI iaitu ROHINGYA. Melurusi sejarah yang aku
baca mengenai Rohingya ini, mereka adalah berasal dari campuran suku kaum nomad
Arab, Bengal dan Mongul. Bagaimanapun ada perbezaan fakta yang menjadi punca
mengapa Rohingya tidak dikehendaki di Myanmar.
Bagi
yang tidak mengetahui, aku nak kongsi sedikit fakta tentang Myanmar iaitu di
Myanmar terdapat hampir 140 etnik yang membentuk Myanmar. Salah satunya adalah
Rohingya. Bagaimanapun dikatakan bahwa Rohingya ini adalah bukan penduduk asal
negara itu. Mereka telah berhijrah ke Myanmar ketika British memerintah
Myanmar.
Pada
tahun 1948 apabila Myanmar (ketika itu dikenali sebagai Burma) mencapai
kemerdekaannya dan menjadi sebuah negara republik (negara yang tidak mempunyai
raja). Pada awalnya mereka juga adalah sebuah negara demokrasi dimana pilihanraya diadakan dan pemiompin
dipilih oleh rakyat. Bagaimanapun berlaku pertembungan kuasa diantara kuasa
politik dan kuasa ketenteraan dimana akhirnya tentera Berjaya menguasai &
seterusnya memerintah Myanmar sejak tahun 1962 sehingga kini.
Mulai
saat itu, pengiktirafan terhadap status penduduk bertaraf warganegara Myanmar menjadi
satu isu yang kronik. Dan bangsa
Rohingya ini diketepikan daripada menuntut hak sebagai warganegara Myanmar atas
alasan mereka adalah orang luar yang hanya masuk ketika british memerintah
Myanmar. Meraka adalah bukan penduduk asal Arakan.
Bermula
saat itu, Rohingya diusir dari Myanmar dan saya percaya pembunuhan bangsa
Rohingya yang berleluasa sehingga sekarang ini adalah salah satu cara yang
tegas yang dilakukan oleh tentera pemerintah Myanmar untuk menjaga negaranya. Maka
tidak pelik kenapa Rohingya ini memang satu bangsa pelarian dan akan cuba
menyeludup ke mana-mana negara yang difikirkan mampu untuk dia berlindung
dengan selamat.
Bila
membincangkan perkara ini, aku suka bercakap dalam konteks aku sebagai seorang
Pegawai Imigresen. Dari segi keimigresenan pada kaca mata aku adalah menjadi
satu kesalahan apabila seseorang menceroboh masuk ke negara orang lain dan
akhirnya menetap di negara itu tanpa dokumentasi yang teratur. Aku tidak setuju
dengan tindakan tentera Myanmar yang membunuh orang-orang Rohingya ini tambahan
pula mereka ini adalah saudara seagama dengan aku. Tetapi aku juga percaya itu
adalah jalan terakhir bagi mereka apabila orang lain selain dari warganegara
mula menetap dan seterusnya mengaut hasil bumi mereka.
Sidang
pembaca, sila jangan salah anggap apa yang hendak aku sampaikan ini. Bukan
maksud aku mengatakan “Rohingya harus dibunuh di usir” TIDAK SAMA SEKALI.
Tetapi aku nak tunjukkan bahawa betapa pentingnya kita sebagai rakyat sesebuah
negara perlu mempertahankan negara kita dari dicerobohi oleh wargaasing. Tidak
salah mereka jika datang dan hadir ke Malaysia untuk tujuan bekerja dengan syarat
dokumentasi mereka haruslah teratur dan lengkap. Kerajaan pula sebagai kuasa
terbesar pemerintah harus menyelia dan mengawal agar kemasukan wargaasing ke
negara kita ini tidak akhirnya menjadi beban kepada kita di masa akan datang.
Jika
kita tidak mengawal dan mempertahankan
negara kita ini, tidak mustahil suatu masa nanti kita juga akan menjadi seperti
Myanmar sekarang. Membunuh mereka-mereka yang bermastautin di negara kita
sedangkan mereka tidak punya hak untuk masuk ke negara kita. Aku amat bersimpati terhadap nasib bangsa
Rohingya ini kerana mereka ditindas. Tetapi aku harus tegaskan bahawa simpati
tidak cukup untuk membenarkan sesuatu yang salah. Menceroboh negara oranglain
adalah SALAH! Mengambil hasil bumi negara oranglain adalah SALAH!
Jika
ada pihak mahu membantu mereka dipersilakan tetapi harus lah memikirkan tentang
kesan tindakan itu pada satu masa akan datang. Yang sebaiknya mereka sendiri
harus mula mempertahankan diri mereka disana bukan dengan cara melarikan diri,
meninggalkan keluarga dan akhirnya menceroboh masuk ke negara kita ini.
Yang
baik datang dari Allah
Yang tak baik adalah kekhilafan aku sendiri.
Wallahualam.
Zaman Ini
Zaman ini
Manusia berlari-lari
Manusia berpusu-pusu dan
berlumba-lumba
Menaikkan diri sendiri
Biarpun lebih banyak buruk
dari baiknya
Zaman ini
Manusia petah berkata-kata
Kebolehan berucap dan memberi
pendapat
Diragut kesuciannya dengan
menyelitkan kepentingan sendiri
Tanpa sedar ada sebahagiannya
Hanyalah omongan kosong tanpa
isi
Zaman ini
Tiada yang lebih penting
Dari kedudukan, pangkat dan
kuasa
Diangkat martabat manusia
berharta
Biarpun ia si durjana berhati
keji
Dijatuhkan maruah manusia
biasa
Walaupun ia menjunjung adab
susila
Zaman ini
Manusia terhanyut oleh
modenisasi
Si kecil tidak kenal apa itu
setia kawan
Remaja tidak tahu apa itu
menghormati
Para belia mengepak dada
antara mereka
Berlawanan tanpa ilmu penuh
didada
Retak manusia
Retak bangsa
Retak negara
Zaman ini
Terlalu banyak yang tiada
Budi pekerti dan peribadi
murni
Semakin hilang dari diri
Tidak terfikirkah apa yang
bakal terjadi
Jika kepincangan zaman ini
Tidak diperbetulkan dari
sekarang
Akan musnahlah generasi zaman akan
datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)