Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa aku sebenarnya pernah menulis article tentang hiburan ketika aku masih bergelar pelajar ketika di kolej lebih 10 tahun dulu. Waktu itu aku menulis sekadar suka-suka sahaja dan aku bekerja secara part-time dengan sebuah majalah hiburan yang tak berapa nak glemer. Berhenti pun sebab payment tidak dibayar. Tak pe lah..dah tentu-tentu aku suka-suka aje kan? :)
Aku suka nak menonton wayang tetapi kebanyakkan filem keluaran tempatan sekarang ini sangat tak berkualiti. Aku tak salahkan kawan-kawan aku bila aku ajak menonton wayang pernyataan pertama mereka adalah "AKU TAK NAK TENGOK CERITA MELAYU!!!". Pengusaha filem harus ingat bahawa public menonton bukan secara percuma. Tentulah mereka mahu duit gaji titik peluh mereka bekerja yang bernilai RM12 bagi satu seat wayang berbaloi dengan cerita yang mereka saksikan. Jadi tidak salah bagi mereka untuk menolak pelawaan bila diajak menonton filem tempatan.
Baru-baru ini aku berpeluang berdiskusi bersama-sama Vanidah Imran, Sofia Jane dan beberapa otai dalam bidang hiburan mengenai hala tuju filem Malaysia. Perbincangan meliputi filem yang mengikut kehendak penonton seperti genre filem, kualiti sesebuah produksi, pengkritik filem yang semakin berkurangan untuk membantu industri, pendedahan dalam mengubah cara pemikiran public dan pelbagai lagi. Perbualan itu mungkin agak singkat bagi mengupas segala isu yang dibentangkan, tetapi ia cukup bermakna bagi aku. Kerana dihujung perbualan itu aku disarankan oleh Sofia Jane untuk kembali menulis secara serius.
Lama juga aku menung dan berfikir berkenaan perkara ini. Aku suka menulis dalam konteks berkongsi ilmu dan pengetahuan. Berlainan dengan blog aku ini sebab blog ini adalah penulisan aku yang tah hape hape tentang aku & kehidupan aku sebenarnya. Menulis secara serius itu sangat mengujakan tapi tidak lah sehingga tahap menjadi pengkritik.
But on the other hand... why not? it's never too late bak kata Sofia Jane pada aku.
Insya-Allah jika diizinkan Allah akan aku realisasikan.
Kita sama-sama lihat nanti bagaimana ye?