Untuk sekian kalinya
Langkah ini semakin sukar
Hari demi hari
Ketenangan dalam kehidupan
Bagaikan semakin samar
Satu per satu
Datang tanpa lelah
Aku hampir kehabisan nafas
Kamu begitu tega
Merempuh aku tanpa kasihan
Sedangkan aku semakin redha
Sedangkan aku semakin pasrah
Sedangkan aku menerima setiap satu
Dengan hati terbuka
Dengan akal yang Kamu anugerahkan kepada aku
Aku tetap berusaha
Kerana aku percaya
Setiap satu yang aku tempuhi
Adalah dalam redha-Mu
Biar susah jalan ini
Biar payah jalan ini
Aku tetap bersyukur
Kerana aku tahu dan aku mengerti
Kamu begitu menyayangi aku
Dalam gerak perlahan
Aku tetap melangkah
Menuju Jalan Tenang
~ mode : lupakan masalah sebentar; fokus pada percutian hujung minggu ini ~
~ weeee hooooooo ~
No comments:
Post a Comment