Friday, May 25, 2012

Salam Hujan Dari Pulau

Hujan.. dari subuh hingga ke malam
Hujan.. bagai sama nada dengan hati ini
Hujan.. sedikit mengganggu perjalanan
Hujan.. menyembunyikan keindahan alam yang lain


Tetapi..


Hujan.. itu rahmat Tuhan
Hujan.. tanda rezki yang tidak putus
Hujan.. tanda masa berteleku lebih dari merewang
Hujan.. membenarkan aku berfikir dengan lebih baik


Salam hujan dari pulau
Menyambut aku tetamu kali pertama
Semoga hujan yang turun membasahi aku
Membawa pergi segala duka dan kekusutan
Datang disambut hujan..
Pulang disinari suria..
Amin!

Thursday, May 24, 2012

Cukup!! Berhenti!!!

Sudah lah wey... penat lah aku.. sakit otak memikir. 
Tolong bagi aku chance nak amik napas panjang buleh tak?? 
Arggghhhhhhhh!!!!!!!

~ Mode : Suda Hampir Sewel ~

 

Tuesday, May 22, 2012

Mencari Jalan Tenang


Untuk sekian kalinya
Langkah ini semakin sukar
Hari demi hari
Ketenangan dalam kehidupan
Bagaikan semakin samar
Satu per satu
Datang tanpa lelah
Aku hampir kehabisan nafas
Kamu begitu tega
Merempuh aku tanpa kasihan
Sedangkan aku semakin redha
Sedangkan aku semakin pasrah
Sedangkan aku menerima setiap satu
Dengan hati terbuka
Dengan akal yang Kamu anugerahkan kepada aku
Aku tetap berusaha
Kerana aku percaya
Setiap satu yang aku tempuhi
Adalah dalam redha-Mu
Biar susah jalan ini
Biar payah jalan ini
Aku tetap bersyukur
Kerana aku tahu dan aku mengerti
Kamu begitu menyayangi aku
Dalam gerak perlahan
Aku tetap melangkah
Menuju Jalan Tenang


~ mode : lupakan masalah sebentar; fokus pada percutian hujung minggu ini ~
~ weeee hooooooo ~

Friday, May 11, 2012

Nota Hari Ini ~ 17

Pangkat, kedudukan dan kuasa tidak akan bermakna sekiranya akal dan juga minda tidak seiring dengan taraf ketiga-tiga sabjek di atas. Berpangkat besar tapi tiada yang hormat kerana tidak punya karisma sebagai ketua. Berkedudukan tinggi tetapi tidak mampu untuk berfikiran matang dalam membuat keputusan. Punyai kuasa tetapi tidak digunakan secara positif. Sayang seribu kali sayang. Jika punya peluang, bilamana pangkat, kedudukan dan kuasa berada dalam genggaman, gunakanlah secara total dalam cara yang bersih dan terpuji. Kita hanya manusia. Segala yang diberikan hanyalah sementara. Sekurang-kurangnya jangan kita dikeji kerana tidak menjalankan amanah dengan baik.