Monday, February 28, 2011

Susah Untuk Berubah?

Benarkah manusia susah untuk berubah? Setahu aku.. Perubahan memerlukan kekuatan minda yg kuat dan semangat untuk berubah yang sangat sangat tinggi. Rasulullah juga berhijah ~ perpindahan dari Mekah ke Madinah yang juga menandakan perubahan dalam cara penyebaran agama Islam. Akhirnya Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia dan kekal sehingga ke hari ini. Tapi bukan lah maksud aku nak compare kita si insan biasa ni dengan Rasulullah. Haruzzzz lah tidak terbanding jauhnya ~ kita cuma perlu ambil semangat dari tindakan Baginda sahaja. Itu maksudku.

Perubahan selain dari memerlukan focus of mind, perlu juga driven power. Manusia berubah kerana cinta, berubah kerana usia atau apa sahaja yang kadangkala tak masuk dek akal oleh orang lain. Tapi, penting ke orang lain tu? Pada aku TIDAK sebenarnya. Yang penting kita.. Apa yg yang kita perlu and apa yang kita nak buat untuk life kita. Sebabnya baik buruk kehidupan yang kita jalani adalah hasil dari keputusan yang kita buat. Orang lain? Terima hanya sekiranya neutron-neutron positif sahaja yang berlegar disekitar orang tersebut. Andai sebaliknya ~ haruslah DELETE aje. Mereka yang negatif ni akan membuatkan kita ragu-ragu dengan matlamat perubahan yang kita nak buat tu
.
You my dear.. Bukan orang lain tak support untuk you berubah. Tapi persepsi setiap manusia ni berbeza. Support tapi ade yg positive way, tapi ada juga yg negative way. Saya pun ada persepsi saya tersendiri. Mesti awak selalu confuse ngan saya dan segala perbualan saya kan?huhuhu kekadang saya bercakap tapi saya rasa itu bukan saya yang cakap.. Camne tu ye?? Hahaha saya pun confuse jugak! Ekekeke sekiranya saya tak support apa yang awak buat tak mungkin saya akan bagi awak pelbagai idea yang kadangkala amat mengarut untuk awk. But some of it I bet it does really work right?

Meaning, berubah itu tidak susah sebenarnya provided that cukup 'bahan pelengkapnya'. One way is for you to wisely choose those people who you want to be around with which does loves u unconditionally, people who support you each and every step that you make and people who can help you in each and every way that they can to make u achieve all your goals!! And another important thing.. Just flush away those who block your way to your destiny!! YOU GO GIRL (dengan kuasa bulan) !!! Hahahaha

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, February 27, 2011

Aku & KLIA


Harini aku nak kongsi ngan korang ~ kisah aku dan Minggu Pertama aku bertugas di KLIA. Agak menyesakkan lah juga bagi aku. The first 2 days aku melongo aje duduk di sofa pejabat pentadbiran. Big Boss terlalu sibuk untuk menetapkan penempatan bertugas. Hujung hari ke-2 barulah surat penempatan dikeluarkan. Lantas dengan pantas dan berkobar-kobar aku pun semak lerr schedule. ALAMAK!! Esok kije pagi!! Damn!!

Hari ke-3 ~ mula bertugas di penempatan hakiki. Pagi bangun steady ~ seperti selalu Aznee dah buzz aku di YM (tq beb!! memang ko ajar aku bangun pagi sebelum subuh kot?!) menandakan dia dan Adam dah bangun dan bersiap. Mak di rumah pun dah kecoh-kecoh kejutkan aku bangun tido. Paham-paham je la... orang hyper sepertiku sekali 'shutdown' payah giller nak 'reboot' balik.. hahahaha. Confident level tinggi giller nih.. bersiap dan mula memandu. Lalalalala ~ seronoknyerrr. Tapi kejap aje.. sekali sampai Pekan Salak aku sangkut jem! Chezz!!! Setengah jam terbuang disitu..tak apa.. aku cool lagik. Sampai tempat parking aku dah confuse.. mana satu lubang aku nak masuk nih? banyak benau? depan siket lah.. sekali dah abes lubang entry parking! Chezz skali lagik!! 2 round aku pusing KLIA nak masuk parking! Bazir minyak aje ~huh!! takpa aku ok lagik.. steady lagik nih. Sebabnya baru kul 7 pagi.. tapi disebabkan kena amik pas keselamatan tu buatkan aku ke pejabat lambat siket lah. 1st day onduty group.. lambat sket leh la dimaafkan ye dak??ehe

So kerja lah.. gladly pengalaman setahun di Tambak Johor dulu masih dalam ingatan ~ memudahkan aku memahami konsep kerja di KLIA nih. And decision making is truely a challenge. Shift pagi bermula jam 7 pagi sehingga 3 petang. Tiba-tiba datang penyelia bawahanku dengan penuh muka seposen (orang tua kalau tak senyum memang tak lawa ~ tapi tak pe lah aku jaga hati.. haha) datang kepadaku dan berkata "Boss, memandangkan boss adalah Timbalan ~ apa kata boss aje yang hadir diri Meeting Pengurusan petang ni kat admin? Cik Bahar cuti sepatutnya saya lah kena g meeting tu tapi dah boss dah ada.. adalah lebih baik boss aje yang pergi, ye?" sambil menghulurkan memo jemputan mesyuarat. Ah sudah! dah lerr tak makan lagik.. nak kena gie meeting pulak. Chezz lagik!! Nak jadi cerita lah kan.. busy pulak terminal masa tuh. tak menang tangan aku. Dah ler nak sign NTL yang melebihi 20 orang.. public call pulak asek nak cakap ngan boss aje. Adoiyaiii. Sangkut aku kat terminal sampai kul 3. 

Kul 3 lebih siket baru nak kua dari opis dengan terkedek-kedeknya ke parking. Bayau parking nih RM21.00! Chillax.. mahei giller!! Seb baik aku bawak duit ~ kalo idak mampus. Aku ngan Darling dedua takle kua! Nak keluar pulak.. berpusing-pusing aku kat parking tu. tak nampak lubang exit! Geng YM dah pakat gelakkan aku nih.. siap pesan "Sila guna Garmin" adoiyaiii xle blah bai.. Apelah malangnyer nasib aku masa tu. So dengan muka sememeh nih masuk la meeting. Perut lapo nih.. kebulur tahap cipan pencen nih. Of cozz aku la penyelia a.k.a ahli mesyuarat yang paling lambat masuk meeting kan? Seb baik juga meeting lom mula ~ ade la darah sket muka aku. Idak manjang pucat aje. Skali mata ku terpandang.. beberapa dulang hidangan! Ya Allah!! BESTNYAAAA.... orang ngantuk disorongkan bantal.. aku dah ler kebulur. Makanan yang disediakan tu pulak best ya rabbi..perghh sambil meeting sambil makan sambil YM ngn aznee & min n BBM ngan affa. Tapi seronok dapat makanan tu kejap aje.. meeting dari kul 3.30 petang sampai kul 7 malam. adusss malam dah lerr keja balik kul 10. Huru hara aku! Doink!! Dipendekkan cerita 1st day keja in group aku nyer waktu keja total aku congak ade lah bersih 21jam!! Baru hari pertama nih... iskk iskk

Hari-hari berikutnya biasa jek lah cuma aku rasa aku ketika on duty sangat bukan aku as if aku nih org lain laaa.. sebab aku terpaksa melayan public yang banyak itu termasuk lah yang walk-in ke pejabat dan juga pangilan-pangilan misteri dengan baik. Sangat bukan aku plis.. berpura-pura terpaksa cakap lembut dan manis! Chezz lagi untuk sekian kalinya!!! Aku yg buat ~ aku yang tulis ~ aku yang ade rasa nak muntah nih??!! Apekah?? hahahaha public yang ngaku Datuk ~ skali bagi business card DATOK SERI KERAMAT.. short form P.J.K ka hapa ka tarak.. camni pun ada?? ekekekeke tapi wa cakap lu halwa mata memang marvellous! perghhh.. tengok manusia-manusia cun tengok barang-barang duty free.. sangat menyelerakan. ekekekeke tapi.. ape guna gelojoh.. keja dulu nanti dah pandai aku round2 la.. huhuhu ye? siapa nak ikut aku sopping kat Satellite Building KLIA.. sila angkat tangan ye?haha

Pun begitu.. aku rasa seronok sebab KLIA jauh lebih sibuk dari Tambak. Aku bukan malas kerja sebenarnya. Aku suka kerja tempat yang sibuk sebab bila sibuk makna banyak benda aku belajar n mind aku jadi focus on the job given. Cabaran-cabaran  kat sini pun boley tahan hebatzz.. aku kena berhadapan dengan public yang sangat fussy & memeningkan kepala hotak aku, belum kira lagi orang-orang yang cuba nak lolos masuk negara kita nih. Besok-besok komplen lagi kat akhbar kata Imigresen tak buat keja. Sebenarnya apa beza function Imigresen ~ Polis ~ Kastam pun dia tataw beza.. tahu nak tutuh aje. huh lagik!! Emo la pulak...!! hahahahaha abaikan saja ayat-ayat terakhir itu hahahaha. Till Next time.. Daaaaa

Kamu : Part 5

Mungkin aku tidak faham
Mungkin aku tidak mengerti
Tapi aku yakin
Setegas kamu menyatakannya
Kamu juga tidak mahu kehilangan aku
Aku akur kehendak dan kemahuanmu
Aku setuju cinta tidak semestinya bersatu
Dan sejujurnya tiada niatku memilikimu
Kerana sedari dahulu aku tidak pernah sempurna untukmu
Percayalah..
Aku ikhlas seikhlasnya terhadap kamu
Apa yg telah ku janjikan akan ku kota
Demi persahabatan akrab kita berdua
Demi pertalian yang ku harap tiada penghujungnya
Senyum lah..
Kerana aku akan sentiasa ada untuk mu
Bilamana kamu memerlukan aku
Kerana aku juga yakin
Bilamana tiba masa itu
Kamu juga akan ada untukku
Menyokong setiap tindaktanduk ku
Senyum lah..
Demi persahabatan aku dan kamu
Kita bina hidup baru
Gembira bergandingan bersilang bahu
Ceria ke arah bahagia yang sama kita tuju


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, February 25, 2011

Aku & Genting

Sejuk ~ Dingin
Halwa angin segar
Menyusup lembut hingga ke tulang
Hirupan kopi panas
Bagi mengurangkan kedinginan
Ada nada tenang di hatiku
Gabungan suasana tenang
Yang amat menyenangkan aku
Sejuk dan dingin bersatu
Aku senang disini
Ilham ku datang bagai tiada henti
Seraya mata melihat keliling
Menikmati pemandangan
Gabungan manusia dan Tuhan
Indah bukit bukau luas mata memandang
Gemerlap lampu neon pelbagai warna
Mengindahkan lagi bangunan idaman pencinta duniawi
Penuh manusia disini
Puncak bukit Genting Highlands
Mengejar nikmat dunia
Yang belum pasti menjadi miliknya lagi
Senyum ku sendiri
Indahnya alam dalam rentak syurga dunia
Dan aku..amat senang menjadi pemerhati
Menikmati keindahan ini dalam persepsi ku tersendiri


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, February 24, 2011

Nota Hari Ini ~ 10

Kadangkala..
Kebisuan itu perlu..
Kerana ia mampu menenangkan jiwa yg lara
Kerana ia mampu merungkai 1001 rahsia
Kerana ia mampu mengiyakan apa yang tersembunyi


Kadangkala..
Kebisuan itu lebih menyakitkan
Kerana ada persoalan yang terbelenggu tanpa jawapan
Kerana ia sangat meresahkan hati yang berkocak
Kerana ia boleh membuat tafsiran menjadi salah


Lantas bagaimana??
Kebisuan itu sungguh meresahkan
Ia membunuh dalam diam
Ia menyakitkan dalam tenang

Tuesday, February 22, 2011

Kamu : Part 4

Di kala malam bulan mengambang
Ku lihat bintang tiada berkedipan
Di kala siang kesuraman
Ku lihat ada sinar kebahagiaan
Hanya kerana kamu didalamnya
Kamu sering membuat aku keliru
Kamu sentiasa membuat aku berfikir
Kamu dalam diam menggangu lenaku
Semakin lama semakin aku mengenalimu
Semakin lama semakin aku memahami rentakmu
Semakin lama detap jantungku semakin tenang
Biarpun adakala jiwaku resah gelisah
Tapi tiada lagi berkocakan tanpa sebab dan arah
Pun begitu.. aku sering tertanya
Apakah nada kita akan berentak serupa?
Mampukah nadi kita berdenyut sekata?
Bolehkah kita memainkan lagu cinta yang sama?
Harapanku biarpun cintaku tidak sempurna
Agar kamu sentiasa berada di dalam duniaku
Biarpun satu masa nanti..
Langkah kita tidak lagi seia sekata

Nota Hari Ini ~ 9

Jujur dalam perhubungan
Jujur dalam perbuatan
Jujur dalam perbualan
Jujur dalam kehidupan
Ada insan memandang rendah tafsiran ini
Insan itu sesungguhnya berada dalam kehilangan
Jujur dalam berkasih
Jujur dalam bercinta
Jujur dalam bersahabat
Jujur dalam segala-galanya
Bila tiada jujur dalan kehidupan
Maka nikmat menerima kejujuran dari yang lain menjadi tipis
Dan akhirnya..
Sendiri melongo dalam kesiangan

Monday, February 21, 2011

BuLat the PoKDoGo

~ BuLat the PoKDogo ~

Aku suka bela kucing..tp bila kadang-kadang aku pun xcukup makan camne nak bela kucing?sian..aniaya diorang plak bela tp xcukup bg makan.Last aku bela kucing masa tu aku duty johor bahru. Baru-baru ni aku balik kampung. Kucing bapak aku nama MINAH beranak sekor. Anak dia jantan.

Disebabkan aku tak pernah bela kucing warna putih yang jantan..jadi aku declare kat family aku yang aku nk bela kucing ni. Mula lah menghebahkan pada kengkawan untuk pilih nama bg anak kucing jantan itu.



Akhirnya.... selepas beberapa sessi perbincangan ngan para sekutu.. Aku namakan kucing aku BULAT sebab perut dia bulat and dia sangat cute!! Aku berhasrat nak daftar nama dia iaitu Bulat Bin Minah kat MyKat @ JPN ehehe



Yang bestnya.. Bila aku dah declare nama anak kucing itu Bulat..semua family aku suka and semua panggey dia Bulat!! Komen kak ngah aku "Sesuai sungguh nama bulat itu kerana perutnya yg bulat sama seperti tuannya" chesss!!! Haruzzkah komen begitu??? Hahahahaha




Selama aku kat kampung.. Bulat dok bergurau ngan aku. Main-main ngan aku...abes jari-jariku dia geget. Sampaikan tdo pun dengan aku. Skalik terlebey sangat dok ngan aku mak dia si Minah merajuk. Bila Bulat lapar nak susu tex Minah wat tak reti wat bodo aje..hehehe kesian. Tapi tak sangka kucing pun reti merajuk ye?? haha




Wat masa ni aku tinggalkan Bulat di kampung lagi. Lepas dia pandai makan sendiri bukan hanya minum susu tex mak dia baru lah aku bawak bulat ikut aku dan menemani aku kemana-mana jua..huhuhuhuhu




Friday, February 18, 2011

Langkah Arah Bahagia


Terlalu banyak yang terjadi sejak kebelakangan ini. Semuanya mencabar keupayaan minda dan kekentalan emosi. Bukan hanya kepadaku tapi mereka-mereka disekelilingku jua..

Dia yang mencampakkan cinta datang kembali merayu dan menagih peluang buat sekian kalinya sedangkan maruah diri aku telah dia pijak dan lempar ke parit yang sangat jijik dan meloyakan. Masih berani mengatakan aku adalah punca perpisahan ~ lakonan demi menjaga air muka sendiri pada pengamatanku. Perlukah peluang itu ku berikan lagi kepadanya??!!!

Dia yang seorang itu bagai kelemasan di dunia ciptaannya sendiri. Mahu ku gapai tapi tangan tidak tercapai. Mahu ku biar ~ aku tidak sekejam itu. Aku simpati terhadap mu. Aku menyanjungi perasaan, cita dan cintamu tapi bukan begini! Bukan begini caranya!! Jangan kau cuba untuk menyelam sekiranya tiada nafas untuk bertahan. Kerana di hujung bibir pantai sana masih terdapat ramai lagi mereka yang memerlukanmu.. mereka yang menghargaimu.. mereka yang sentiasa memujamu. Perlukah kau biarkan dirimu kelemasan??!!!

Mereka yang dahulunya bagai isi dengan kuku, kini bagai kucing dengan anjing. Seorang mengalah ~ seorang lagi bertegas. Bagai tiada makna persahabatan akrab yang disulam indah bertahun-tahun. Bagai tiada makna segala kepahitan, keperitan serta keseronokkan dan keindahan dunia persahabatan yang selama ini diharungi bersama. Aku terapit diantara mereka. Mahu ke kiri ~ tidak boleh.. mahu ke kanan ~ tidak boleh juga. Mahu ku satukan mereka ~ bagai tiada titik temu nya. Tidakkah kamu berdua menyayangi sesama kamu lagi sepertimana kita dahulu??!!!

Jika kamu membaca garapan ku ini ~ ketahuilah aku sentiasa mahu bersama kamu mengorak langkah ke arah bahagia. Pun begitu aku aku hanya manusia biasa yang hampir ketandusan akal membantu kamu tahap termampuku. Hanya pesanku jangan berhenti dari melangkah ke arah bahagia dan aku akan sentiasa melangkah bersama-sama mu ke arah itu.

Thursday, February 17, 2011

Nota Hari Ini ~ 8

Kasih...
Tidak pernah bertepi
Biar apa terjadi
Sayang...
Tidak pernah terbatas
Walau apa berlaku
Cinta...
Tidak pernah mengenal
Darjat, usia dan rupa
Dan kasih sayang serta cinta
Akan kekal jika kita ikhlas
Memberi dan menerima
Kerana kita semua tidak sempurna sendiri
Kita sempurna bila bersama


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, February 10, 2011

Kamu : Part 3

Dalam kedinginan malam
Aku menung melihat langit kelam
Sendiri merangkul tubuh
Tanpa sedar ada titis indah terbit
Dihati dan minda
Kenapa..?
Hanya kerana satu perkara
Kamu!
Ingatan ini penuh dengan kamu
Minda ini sentiasa mengingati kamu
Tanpa paksa..tanpa diminta..
Tanpa mengharap..
Semoga kamu bahagia sentiasa
Doa dan ingatan ku untukmu selamanya

Tapi Bukan Aku


jangan lagi kau sesali keputusanku

ku tak ingin kau semakin kan terluka
tak ingin ku paksakan cinta ini
meski tiada sanggup untuk kau terima
aku memang manusia paling berdosa

khianati rasa demi keinginan semu

lebih baik jangan mencintaiku aku dan semua hatiku
karena takkan pernah kau temui, cinta sejati
berakhirlah sudah semua kisah ini
dan jangan kau tangisi lagi
sekalipun aku takkan pernah mencoba kembali padamu
sejuta kata maaf terasa kan percuma
sebab rasa ku tlah mati untuk menyadarinya
semoga saja kan kau dapati
hati yg tulus mencintaimu 
tapi bukan aku

berakhirlah sudah semua kisah ini
dan jangan kau tangisi lagi
sekalipun aku takkan pernah mencoba kembali padamu
sejuta kata maaf terasa kan percuma
sebab rasa ku tlah mati untuk menyadarinya

Sempurna

Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan slalu memujamu
Disetiap langkahku
Kukan slalu memikirkan dirimu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu
Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna.. Sempurna..
Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku
Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna.. Sempurna..

Tuesday, February 8, 2011

Ruang-Ruang Kosong

Menung sendirian..
Melihat ruang-ruang kosong
Yang sebelum ini begitu meriah
Meriah dengan perkakasnya..
Meriah dengan gelak tawa..
Kini suram tidak bermaya
Aku tahu hati aku tidak disini
Pun begitu aku masih berdiri
Melihat ruang-ruang kosong
Aku kesal apa yang telah terjadi..
Walau pedih luka ini..
Ia adalah yang terbaik buat aku, kamu dan dia
Bukan kerana aku mendendamimu
TIDAK!
Aku mahu kamu bebas..
Sebebas burung terbang di awanan
Aku tidak mahu mengongkong keremajaanmu
Aku tidak mahu lagi mengongkong setiap gerimu
Terpaling aku tidak mahu lagi jiwa kerdil aku kau sakiti
Ya..aku punya orang lain..
Tapi kamu tidak faham kisah cinta aku dan dia..
Biarlah kamu tidak mengerti
Biarlah kamu berfikir apa saja yang kamu mahu tentang dia
Tapi sejujurnya..dia tidak pernah menyakiti kamu
Sejujurnya..kamu telah lama kehilangan aku
Sejujurnya..kamu yang memindahkan hatiku padanya
Bilamana janji kita kamu khianati
Terbanglah wahai burung.....
Aku bebaskan kamu dari sangkar cinta
Aku bebaskan diriku dari bahana cinta luka
Aku bebaskan kita dari derita jiwa
Semoga ruang-ruang kosong antara kita
Terisi jua dengan bahagia

Monday, February 7, 2011

Quiet

Do i talk to much?
Did i say wrong things?
Did i said something that hurts others?
Did i make any mistakes today?
Hurmm....
Yes! I Got the message
I'll be Quiet for sometime
So that i can wash my brains off
So that i can think straight
So that i can learn from my mistakes


Sorry...

Nota Hari Ini ~ 7

Selamat pagi sayang
Selamat pagi kasih
Selamat pagi cinta
Hari ini..
Aku bangkit dari lena
Dengan penuh dengan seri
Dan perasaan yang serba ceria
Betapa bermaknanya hidupku
Malam mimpi berjumpa kamu
Terjaga semyum simpul teringat kamu
Tapi dalam pada itu aku gusar..
Kamu ingat kah pada aku???
Tak mengapa aku maafkan..
Kerana kita adalah manusia biasa
Semalam hari aku tanpa perasaan
Harini aku mula dengan mood yang paling ceria
Aku suka..aku mahu terus ceria
Aku mahu terus gembira
Dan aku mahu kamu di sekelilingku 
Turut ceria dan gembira bersamaku


SMILE :)

Sunday, February 6, 2011

Sedetik Lebih

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Friday, February 4, 2011

Nota Hari Ini ~ 6

Cinta adalah perasaan yang agung
Ia wujud tanpa sedar dalam diri
Tiada sebab logik mengapa ia hadir
Ia datang dan ia pergi sesuka hati
Kerana cinta manusia bersama
Kerana cinta manusia mencipta keluarga
Kerana cinta manusia menjadi tinggi darjatnya
Kerana cinta juga manusia bermasam muka
Cinta membuat aku menjadi diriku
Rasa kasih, sayang dan cinta mekar harum di dalam jiwa
Tapi malang bagiku..
Sukar bagi aku untuk merasa cintanya
Kerana aku dan cintaku tidak sempurna
Cinta aku..
Hanya untuk diriku
Hanya untuk membenarkan aku ceria
Hanya untuk membolehkan aku benafas gembira
Tiada istilah memiliki dalam cintaku
Tiada istilah kepunyaan dalam cintaku
Tiada istilah harus dalam cintaku
Kerana aku dan cintaku tidak mungkin akan sempurna

Wednesday, February 2, 2011

Nota Hari Ini ~ 5

Manusia itu pelbagai...
Keindahan setiap manusia 
Terletak kepada keunikan mereka masing-masing
Mungkin ada antara manusia yang serupa
Tapi tidak semestinya mereka sama
Kita semua berbeza..
Peribadi, Mentaliti dan Darjat
Semuanya berbeza..
Yang membuatkan kita menjadi serasi bersama
Hanyalah kerana satu perkara..
Kebolehan menerima kebaikan dan keburukan masing-masing

Kamu : Part 2

Kamu duga aku lagi..
Berulang-ulang kali..
Kali ini begitu berani..
Buat aku senyum sendiri..

Sayang..
Jangan goda aku..
Jangan uji aku..
Jangan buat begitu..
Jangan siksa batinku..
Bukan kerana aku tak mahu kamu..
Tapi kerana aku mahu kamu yakin dengan perasaan kamu..

Tuhan saja tahu bagaimana ku simpan rasa ini..
Tuhan saja tahu bagaimana ku pendam rasa ini..
Tuhan saja tahu betapa aku terlalu impikn dirimu..
Tuhan saja tahu betapa aku bersedia menerima kamu..
Seadanya kamu..tidak lebih tidak kurang..

Bersediakah kamu menyambut cintaku?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, February 1, 2011

Nota Hari Ini ~ 4

Hari malas sedunia..
Terjaga selepas suboh..tapi sampai kini masih belum bergerak ke mana-mana. Dalam malas ini.. ada tanggungjawab ku yang harus aku tunaikan. Harap-harap ku tidak malas sehingga petang..beberapa perkara penting harus aku laksanakan hari ini. Tapi bagaimana nak mula? Malas nk bangun mandi nih..aisehhhh...mungkin kah disebabkan kedinginan luar dan jarak perjalanan yang semakin ku rasa jauh membuatkan aku malas segala-galanya? Owh..tidakkkkkkk!!!!!!! Ayuh bangkit memulakan hari yang hampir suku kehabisan dek rasa malas yang tidak terhingga ini.... Ahhh!! Nak cakap pun MALAS lah!!

Sepi ~ Rindu

Sepi Hati Tanpa Belai Mesra
Sepi Jiwa Kerana Bisu Seribu Kata
Sepi Malam Tanpa Gurau Senda
Sepi Dunia Tanpa Cahaya Cinta Menjelma


Rindu Suara Manis Itu
Rindu Rengek Manja Mu
Rindu Bertih Kata-kata Jujur mu
Rindu Tiap Saat Bersamamu


Bila Rindu Akan Terubat?
Bila Sepi Akan Terawat?
Bila Kasih Akan Ku Dapat?
Bila Cinta Kita Akan Terikat?


Hurmmmm.........