Tuesday, March 22, 2011

Aku & KLIA ~ 2

Dah melangkaui usia 1 bulan sejak aku mula bertugas di KLIA nih. Macam-macam kejadian yang berlaku. Ada yang lucu, ada yang menarik and ada gak yang memeningkan kepala. Aku nak kongsi sedikit pengalaman aku ngan korang. Tapi sebelum itu aku nak bagi korang sume beberapa soalan.. korang ade tak rasa macam berada di Indon / Bangla / Afrika tak walaupun hakikatnya korang berjalan dalam Malaysia nih? Terasa tak ramai giller orang asing yang ada kat negara kita ni? And thru apa yang korang baca atau dengar melalui media.. korang salahkan siapa bila berlakunya kebanjiran warga asing kat negara kita ni? Aku tahu antara  jawapan yang ada lam pala hotak korang or jawapan kat hati korang tu.. mesti ada perkataan IMIGRESEN kan? 

Antara tugas, amanah dan tanggungjawab aku ketika aku bertugas di pintu masuk adalah untuk menapis permohonan orang asing yang nak masuk ke Malaysia nih. InsyaAllah sekiranya cukup syarat, dokumen yang sah dan teratur serta tidak terdapat apa-apa yang meragukan orang asing tersebut memang berpeluanglah nak jejak kaki kat negara kita. kalo tidak, setakat jejak KLIA je lah.. pastu tendang balik ke negara asal mengikut route flight dia datang. Untuk pengetahuan korang, KLIA adalah pintu utama dunia antarabangsa untuk masuk ke negara kita. Ini disebabkan mana-mana manusia dari mana-mana negara dalam dunia ni (kecuali Israel) boleh masuk melalui KLIA dan ada juga rakyat dari negara-negara tertentu yang tidak dibenarkan untuk masuk melalui pintu masuk lain selain dari KLIA contohnya Afrika takleh masuk ikut Singapore - Tambak Johor. 

Baru-baru ini adalah geng senior officer KLIA (dari group lain) yang tolak kemasukan 2 Bangla ni. Biasalah.. adalah maklumat yang bangla sengal ni bagi sampai kawan aku tu refuse their entry. Nasib ko la bangla.. ko jalan tak baca bismillah kot takpun  ko langkah kiri banyak sangat. Ekekeke. Bab ni biasa berlaku.. takde hal lah. Skali ada orang-orang Malaysia nih pulak call bertanyakan khabar 2 bangla sengal nih. Bukanlah tanya khabar saja.. tapi dengan tujuan nak merayulah biar bangla sengal nih dapat masuk Malaysia. Kawan aku yang sorang lagi pulak handle pangilan-pangilan telefon nih. Si pemanggil nih mengaku pulak sebagai Datuk XXX.. pastu kecozz bila kawan ku bagi jawapan "hanya Big Boss KLIA yang leh keluarkan arahan untuk benarkan orang-orang bangla ni masuk" . Halo boss.. kami ni boss jugak.. tapi kami BOS KECIK..bukan BOS BESARRR. Of cozz laa ada batas kuasa yang kami jalankan.

Nak jadi cerita sebab manusia ini terlalu kecozz ada la terima call lagik.. antara satu tu aku pulak on duty. Waktu itu, aku dah dapat arahan daripada SEMI SUPER BIG BOSS dari HQ untuk hold kan bangla sengal itu dan jangan bagi masuk + jalankan siasatan terperinci ape tujuan dia nak masuk sangat2 ni sampai kecozz tahap Jepun kena tsunami. Tapi yang handle siasatan tu bukan aku la.. tp kawan aku yang kedua tadik. So.. di malam yang tenang aku telah terima sebuah pangilan dari sorang manusia ini (berlainan dari pemanggil yang aku cakap memula tadik). Melalui percakapan dia tu memang confirm berketurunan India lah. Cuma yang tak ble blahnyer, dia memperkenalkan diri sebagai Datuk XYZ a/l ABC, Timbalan Menteri Kementerian MNO. (tak le cakap direct nnt aku kena ISA plak.. hahahahaha). This so called Datuk XYZ ni pun bertanyakan tentang 2 mamat bangla sengal ini. So sebab aku senior officer aku kena lah handle call-call yang ala-ala macam cibai nih kan? 

Dengan penuh sopan dan berhemah aku pun berspeaking la ngan this so called Datuk.. aku terangkan lah yang aku tak boleh nak bebaskan bangla nih sebab aku takde kuasa. So ini India suda marah la.. dia smash aku.. "apesal imigresen sangat degil and tak mahu bebaskan bangla ini??!! bangla ni datang cuma nak melancong" kata beliau setelah di translatekan. Pastu dia bebel lagik "saya suda cakap sama Datuk R*** (Semi Super Big Boss Imigresen) and dia dah bersetuju untuk bebaskan orang ini. Jadi you kena bebaskan dia lah". Aku dengan penuh sopannya bertanya "Sir ~ may i know when did u call Datuk R***?" India nih kata "About 6pm". Aku tengok jam dah kul 11 malam ~ Hah! Ade can nak smash. Aku pun jawab "I'm sorry sir ~ i have just receive an order from Datuk about 30 minutes ago which states that further investigation will be done to determine whether these 2 Bangladeshi is entitle to enter Malaysia or not. And i'm sorry sir i can't follow your orders because you are not my boss". 

So itu India suda tambah berapi lah lantas berkata.. "Hey you are talking to Deputy Minister from Ministry of MNO" and aku jawab "I'm so sorry sir, i can't verify u as the said person thru the phone"  pastu dia lagi bertambah marah dan mengugutku "i will personally call Hishamuddin and inform him that you ~ Laila is being rude to me. Do you want me to do that?" kata beliau. Aku pun jawab dengan penuh berhemah "I'm sorry sir, i don't think i'm being rude to you at any point of this conversation. And i'm sorry i can't verify you as the said person thru the phone and if you are true the said person u claimed to be i would suggest you go thru the proper channel - call back Datuk R*** and ask Datuk R*** to give orders to me so that i can do my part in helping you" and disebabkan kata-kata ku itu, maka India itu pun meletakkan telefon.

Pointnya disini.. waima ko kata ko PM Najib pun bai aku tak boleh nak clarify ko yang call aku tu ialah Najib. Comeon lah... takkan sebab orang call sebagai Menteri itu ini ko nak layan.. betul tak? dah tentu ko tak kenal kot? dah tentu tak pernah pun cakap telefon kot? Kalo orang tu menyamar and pakai nama menteri tak ke dengan aku skali teraniaya? and sekarang cuba korang fikir ~ ape sebabnya beriya-iya sangat Timbalan Menteri tu (anggap betul la dia tu memang timbalan menteri) nak bawak bangla sengal ni masuk sampai sanggup call sendiri? kalo ko betul menteri ko cakap la ngan level menteri.. ape plak ko cakap ngan aku? bila aku cakap mengikut apa yang sepatutnya aku buat as level aku ko marah.. tak ke ko dah memperbodohkan diri ko sendiri? lagipun dah tentu kot ko bukan bos aku Hishamuddin kan? somemore aku pernah handle dah kes yang direct arahan dari Hishamuddin.. Datuk directly keluarkan surat arahan kot untuk kami jalankan tugas sepertimana dia arahkan. So ko sapa bai nak call aku? Bukan aku kurang hajar lah tapi cuba fikir.. siapa betul lam soal nih? kalo aku pun doink and layan je ikut je apa dia kata.. sekali dapat tahu bangla tu orang-orang yg dikehendaki interpol camner??aku la kena ISA? Jeopardize la kerja aku kan? aku pun ade amanah dan tanggungjawab aku dalam jalankan kerja aku.. dan apekah nak ugut2 nih? CET! 

Serius cakap..ini cuma kes terpencil sahaja. Tapi bayangkan lah bila kami dah sekat kemasukan warga asing untuk jaga keamanan negara and ade plak mamat2 yang call and suruh bebaskan diorg.. kalo semua rayuan tu di layan serupa jugak tak payah letak pegawai imigresen kat memana pintu masuk.. biar aje kua masuk cam g terminal one turun naik bas..janji byr tambang singgit leh jalan. Ini belum aku cerita pasal kebanjiran warga asing secara 'HALAL' ~ lagi sakit jiwa korang kalo tahu. tapi bab tu len kali lah aku ceta. Banyak menaip aku penat ~ nak makan LAPO. Babai...huhuhuhuhu


** cerita hanya untuk dijadikan iktibar bukan nak mengutuk sangat sebab aku pun memang tak tahu ngan sape aku bercakap
** btw ~ malam tu juga bangla tu dah tros deport ke negara asal.. tak dapat masuk jugak ke Malaysia.. wahahahahahahaha


No comments: