Friday, December 24, 2010

Janji Pada Sahabat



Geng..
Aku tahu ada yang pelik..kenapa aku ada masa menulis sedangkan aku sentiasa busy dengan kerja aku. Aku akan menulis bila-bila masa yang aku free..especially when i'm having my smoke break..itulah sebenarnya waktu paling tenang untuk aku.. dengan menghirup vitamin-vitamin tar & nicotine yang tidak sihat..menyemburkan asap kelabu yang berkepul-kepul..seolah-oleh setiap hela nafas itu adalah waktu paling chargas untuk aku berfikir. 

Geng..
Sejak 6 bulan lepas..aku sering membaca blog-blog kalian..secara jujur aku katakan aku telah membaca kesemua entry yang terdapat di blog kalian..sedikit-sebanyak aku memahami dan mengenali kalian melalui penulisan kalian itu. Ada antara kita telah terpisah bertahun-tahun lamanya..ada antara kita yang sering berjumpa tapi aku tidak pula maklum akan masalah kalian..maafkan aku wahai sahabat sekiranya aku telah bersifat zalim terhadap kalian selama ini kerana aku kurang peka dengan apa yang berlaku terhadap kalian. Mungkin kerana aku terlalu sibuk hinggakan ada antara kalian lupa bahawa aku adalah pendengar yang setia. Pun begitu..aku amat menghargai ingatan kalian terhadap aku selama ini.

Geng..
Kita semua sama.. kamu dengan masalah kamu..aku dengan masalah ku. Tetapi itu bukan bermakna kita tidak boleh berkongsi cerita.. kadang-kala bercerita itu tidak membantu dalam menyelesaikan masalah tetapi bercerita itu membantu kita berkongsi emosi dan mengurangkan tahap stress dalam jiwa. Tatkala hati sedikit gembira dan otak kita tenang..kita akan mampu berfikir apa yang terbaik untuk menyelesaikan masalah.

Geng..
Hampir kesemua kalian telah maklum tentang masalah aku sekarang. Aku bersyukur pada Tuhan..aku punya kalian sebagai sahabat akrab aku yang senantiasa sudi meminjamkan telinga kalian untuk mendengar cerita-cerita sadis aku. Aku juga amat berterima kasih kerana kalian sanggup meluangkan masa untuk membantu aku mengisi ruang-ruang kosong dalam hidup aku ini..

Geng..
Ketahuilah..aku adalah sahabat kalian. Sekiranya kalian memerlukan bantuan aku dalam apa cara sekalipun..aku akan cuba membantu kalian setakat mana kudrat dan kemampuan yang aku ada. Insya-Allah. Aku juga berdoa agar kita semua tetap kekal sebagai sahabat..biarpun aku tahu mungkin suatu masa nanti ada antara kita yang akan mengubah haluan hidup masing-masing..

"Janji aku pada kalian.. aku tetap disini sebagai pendengar setia dan aku akan bersama kalian walaupun mungkin kita akan terpisah suatu masa nanti.. "

No comments: