There's a few reasons why I really wanted to watch this theatre. 1st and foremost is because my Idol that is Adibah Noor is one of the main cast (hahahaha expected eii??!! :p~). Secondly is because I have always love Sudirman's songs. Third is because I want to give my self a gift for all the hard-ass work I've been doing this few months.
Supposedly, aku & my buddy Affa on trip to Perhentian.. dan buat kali ke-enam, plan trip ke Perhentian ini kami kensellllkan lagik ~ alahai.. susahnya nak bercuti. Kebetulan claim OT masuk pulak (walaupun tak banyak) so aku decide utk beli tix ke show ini dengan harapan ganti sket laa kaciwa tak bercuti (dan impian berkayak sampai lenguh ketiak tu..).
Seriously, I enjoyed the show very much. Since it's musical theatre piece, it's a definite yang kita akan menyanyi bersama-sama the cast throughout the show. AND... they sang very well. Syiookkkkkkk je dengar. Plus all the choreography it makes the whole show is very entertaining. Aku tak nak cerita apa kisah dalam show ni.. since there's still 3 more shows (ends 26th May). But I do want to share what I've learn after I watch this show.
Teater ini mengajar aku betapa manusia begitu taksub untuk menjadi seseorang yang berjaya, ternama, kaya dan segala-gala yang besstttt. Malangnya, ada antara kita yang terlupa bahawa segala yang bestttt itu datang dari Tuhan hinggakan mereka lupa untuk bersyukur, menghargai dan seterusnya menindas insan-insan yang tidak setaraf dengan mereka.
Siapa pun kita ~ tidak kira usia, darjat, pangkat dan harta; jika kita berpijak di bumi yang nyata pasti kita akan menjadi manusia yang lebih baik kerana kita tahu mensyukuri nikmat yang dianugerahkan kepada kita. Jangan hanya kerana mereka tiada rupa, tiada harta dan tiada segala-galanya, mereka dihina. Kita harus ingat, sebaik-baik manusia adalah mereka yang mempunyai hati yang luhur dan budi pekerti yang tinggi.
Terima Kasih kepada Masakini Theater Company kerana membawakan teater ini ke Istana Budaya. Sekalung tahniah buat, pengarah teater ini iaitu Saw Teong Hill dan seluruh tenaga kerja kerana telah menjadikan garapan ini suatu yang amat berkesan sekali di hati penonton. Tidak lupa juga ucapan tahniah buat Adibah Noor, Tony Eusoff, Anding, Nadia Aqilah, Junji Delfino, Shantini Venugopal dan lain-lain pelakon yang menjadikan setiap watak dalam teater ini hidup dan berjaya. ANDA SANGAT BERBAKAT!!!
4 perkara yang aku tidak akan lupa tentang teater ini adalah:-
- Lagu "Milik Siapakah Gadis Ini" telah diolah semula menjadi lagu nada dangdut ~ dan scene itu sangat lucu dan menarik kerana Wak dengan bersungguh² berjoget sakan di atas pentas. hahahahahahahahahaha
- Watak Makcik yang dibawa oleh Hilda Looi...ada laa 2-3 patah aje skrip dia tapi bergitu menjadi dan berkesan. Tak perlu skrip banyak² kalo gaya aje dah superbbbb!! BRAVO!!! I adore u la makcik!! hahahahahahahaha
- Adibah Noor menyelitkan skrip sendiri ketika berlaku gangguan teknikal. Rasanya kabel mic diorg ke hapa yang prob time tu so bunyik grrkkk!!grkkkkkk!! ganggu penonton nak dengar dialog antara Anding dan Adibah. Adibah kata "Macam² bunyi pulak rumah ni malam ni" which is very hilarious and kena dalam nak mengcover gangguan teknikal tersebut.
- It's my official meeting with my Idol. :) sangat seronok ~ and kak.. u are sooooo wangi. melekat bau perfume ko kat baju aku. Seb baik gepren aku jauh...idak perang periuk belanga terbang laa jawabnya hahahahahahaha (harapannnn :p~)
So.... anda masih ada masa lagi.. jika punya masa sila lah ke Istana Budaya dan saksikan sendiri teater ini. Kalo anda tak percaya.. lihat tweet dari Sasterawan Negara A. Samad Said yang juga hadir ketika aku menyaksikan teater ini.
No comments:
Post a Comment