Malam ini tenang
Biarpun tanpa bintang
Indah itu tetap ada
Kerana malam ini indah bercahaya
Melihat sang kekasih bergurau senda
Mengukir senyum berlawan lirik mata
Dan kegirangan mereka itu
Membawa ingatan aku pada kamu..
Puisi dilagukan tanpa nada
Biar terpincang bahasa sastera
Ceriteranya tetap ada
Untuk dikongsi bersama
Alam menjadi insipirasi
Kau dan aku mendendang puisi
Jalanan jadi pentas kita
Si pencerita biarpun tanpa harga
Dia melihat antara dua
Menjadi pengadil antara kita
Tiada bertanding tiada berlawan
Tiada yang menang mahupun kecundang
Kerana dia melihat antara kita
Dua insan puitis yang akrab di mata hatinya
Berdendang puisi asyik ditelinga
Selingan lagu merdu yang membuai jiwa
Sungguh malam ini begitu indah
Puisi & malam menjadi satu
Dengan redha dan izinmu Ya Allah.
Sent from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment