Friday, March 8, 2013

Lahad Datu



Pertiwi aku dikecam
Pertiwi aku diperolok-olokkan
Pertiwi aku digugat
Oleh bangsa yang tidak punya kuasa
Begitu angkuh mengangkat senjata
Begitu tinggi kau mendabik dada
Kau runtuhkan dinding pertahananku
Kau tumpahkan darah pahlawan-pahlawanku
Kau manusia keji pengkhianat negara
Asakkan kau beri kami sahut
Ayuh lah!! 
Berlaga kehandalan antara anak jantan
Kami tidak kecut!! 
Kami berani lawan!!
Kami bangkit dari kesedihan!!
Dimana sedih ini adalah kekuatan!!
Dendam kami tak kan terhapus
Selagi tidak tumpah kesemua darah kau manusia keji!!
Bumi berdarah ini adalah sebahagian dari gagasan kami
Bumi berdarah ini adalah sebahagian dari hati negara kami
LAHAD DATU!!!
Kita bertahan kerana tanah berdarah ini
Adalah tanah kita...
RAKYAT MALAYSIA!!!!



Saturday, March 2, 2013

Khai

Malam ini tenang
Biarpun tanpa bintang
Indah itu tetap ada
Kerana malam ini indah bercahaya
Melihat sang kekasih bergurau senda
Mengukir senyum berlawan lirik mata
Dan kegirangan mereka itu
Membawa ingatan aku pada kamu..

Puisi dilagukan tanpa nada
Biar terpincang bahasa sastera
Ceriteranya tetap ada
Untuk dikongsi bersama
Alam menjadi insipirasi
Kau dan aku mendendang puisi
Jalanan jadi pentas kita
Si pencerita biarpun tanpa harga

Dia melihat antara dua
Menjadi pengadil antara kita
Tiada bertanding tiada berlawan
Tiada yang menang mahupun kecundang
Kerana dia melihat antara kita
Dua insan puitis yang akrab di mata hatinya
Berdendang puisi asyik ditelinga
Selingan lagu merdu yang membuai jiwa

Sungguh malam ini begitu indah
Puisi & malam menjadi satu
Dengan redha dan izinmu Ya Allah.

Sent from my BlackBerry® smartphone