Saturday, December 29, 2012

Quotes of #toktudehen by Adibah Noor


#toktudehen ~ was created a year back out of Twitter world. Aku menyembang dengan kawan rumah masa tu but then ape bende tah timbul aku kata pedulikan dengan aku eja T-O-K-T-U-D-E-H-E-N (talk to the hand). Sejak tu aku galak juga la pakai ayat tu. 

Nak jadi ceta bebaru nih aku guna lagi ayat tu dalam tweet mention untuk Adibah Noor. Dia berkenan agaknya and dia pun guna.. Seriously I'm flattered by her. Here are some of the compilation of #toktudehen that was originally tweeted by Adibah Noor which I find it a very interesting way to use that hashtag. KUDOS kak!! & may I add.. by these tweets #toktudehen is not mine anymore..it's yours!!!! :)



I'm not "sombong". I just live by different standards.


I am not rude. I'm just stupidity-intolerant.


I am not angry. I just have patience deficiency.


I am not perfect. I am interesting that way.


I am neither fat nor ugly. Yours just aren't the eyes of the beholder of my beauty.

I am not choosy. Just make me an offer I can't resist. 

I am not a loser. I'm just not familiar with winning.



Insha Allah aku akan tambah lagi Quotes of #toktudehen by Adibah Noor 
jika ada lagi yang beliau tweetkan. :) 

*updated : 02-01-13

Friday, December 28, 2012

Puisi 1001 Malam

Masa berlalu..
Perlahan
Menunggu detik tiba
Saat mata terpejam
Akal melayang
Roh terbang
Dunia bertukar menjadi fantasi
Kau, aku dan mereka
Semua terkumpul di medan terbuka
Tapi tak sering mengenali
Pandangan setiap mata bagai kabur
Setiap wajah berbeza-beza riaknya
Gembira, ketawa, sedih, tangis..
Ada semua

Sesuatu menggamit aku
Pandangan sepi seorang dia
Langkah terhenti dan terkaku
Mata bertentangan
1001 rasa berkocak
1001 soalan berputar
1001 fikiran berkecamuk
Kenapa ini berlaku?

Kau mampir..
Semakin dekat.. semakin dekat.... semakin dekat......
Kini jarak kita hanya dua belas inci
Kau sebut nama aku
Mata aku pejam
Hati aku sayu
Kenapa dengan kau?
Kau tunggu aku?
Untuk apa?
Soalan tak terluah..
Jawapan tak pernah diberi..
Kau.. Aku... Kita......
Diam... Diam..... Diam.........

Perlahan mata ku buka semula
Gagah diri berdepan realiti
Kau masih disitu
Pandangan mata kau tepat ke jiwa aku
Terdetik sesuatu
Tidak mampu katanya
Aku berpaling
Tapi ada tangan memaut tangan aku
Aku lihat
Kau pegang erat tangan aku
Wajahmu tunduk
Ada air halus mengalir

Lapang aku rasa jiwa ini
Lihat kau begitu
Tanpa dipaksa
Wajah kau dongak melihat aku
Lantas kau pegang pipi aku
Kau kata kau rindu..
Soal aku tetap sama
Kenapa dengan kau?
Kau tunggu aku?
Untuk apa?

Kau bisu..
Tp kau hampiri aku lagi
Dan kau peluk aku sekuatnya
Terkejut!!!
Aku kaku..
Lihat keliling
Tiada sesiapa
Tiada kau.. Tiada mereka
Hanya tinggal aku seorang diri
Sepi malam..
Sunyi sendiri
Sayu bila tahu yang asli

Mimpi itu hadir lagi....
Membuat aku terus berfikir
Apa maksudnya?
Jawapan yang tak pernah ku perolehi

1001 malam
Semoga jawabnya hadir
Tanpa aku menunggu lebih lama lagi...

Sent from my BlackBerry® smartphone

Monday, December 24, 2012

#SayItLikeYouMeanIt



Sapa-sapa viewers yang dok kat PENANG??! Ni ada peluang baik untuk those yang minat dalam poetry / storytelling / songwriter / spoken word artist untuk berkongsi karya asli mereka di pentas China House, Penang. 

Aku sendiri dah cuba hantar karya aku.. to date they are interested to invite me over to their show. Mengikut  kata Ksatriya dalam email beliau kepada aku adalah.....

 ~~ "Say It Like You Mean It" will be on 27th January 2013 at China House, Penang (will provide directions later). It will begin at 9pm and each poet has 5 minutes to perform. Performers will receive one complimentary drink (non-alcoholic drinks like tea/coffee and soft drinks also provided.)

        There will be an audition process a couple of weeks before the event, date to be confirmed later. However, if you are unable to travel on that date, we will still consider you for the event. The audition process is to help you shape up your performance before the event on 27th, not to cut people out of the roster :) So if you can attend that will be great for everyone. 

         There will actually be a theme for the 27th, to be released later. You may choose to also perform another piece according to the provided theme as long as your entire set does not exceed 5 minutes. ~~

Maka.. as a medium of encouragement.. aku pun nak promote lah kat korang yang berminat & mempunyai bakat untuk sama-sama kita mencuba. Manalah tahu ia mungkin boleh menjadi satu platform untuk kita terus maju dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu. Cheeeewaahhhhhhh!! Ahakkss!! 

Or else kepada sesiapa yang agak free.. leh la datang, menonton sambil makan-makan sbb setahu aku China House is a cafe.. not really a theater. Jom kita memeriahkan majlis nih!!!

Adik Manja Returns???!

Sape igt ceta zaman 80'an iaitu Adik Manja? Starring Dharma Harun Al Rashid (Cikgu Azmi), Noor Kumalasari (Cikgu Sharina), Noraini Hashim (Pengetua) & watak paling best & paling glemer yang tak mungkin kita lupa that is Cikgu Bedah lakonan Adibah Amin!!



Bape lama dah kita tak tengok muka Dharma kt tv ek? Tetiba dia produce pulak ceta Adik Manja Returns. Aku search a bit information on this movie kat tenet & found out that basically this is just a remake of the original Adik Manja. Fine!! Takde hal la pun nak remake tapi aku cam keliru bila hero tak bertukar.

What do you expect when 50 y.o jadi hero ceta org muda? Tahu la dia punya ceta, dia yang tulis & dia yang produce ceta tu.. sebab tu dia jadi hero.. but is it even relevant?! Bukan aku nak mempersoalkan kredibiliti Dharma.. tapi aku cuma mengutarakan apa yang logik di dalam kepala hotak aku sebagai penonton. Kalo macam Sylvester Stallone ke.. Bruce Willis ke.. masuk akal jugak hero tua pun kan?

And aku perasan.. Takde dah watak Cikgu Bedah dalam movie ni. Mana peginya watak Cikgu Bedah? Bukan ke kalo remake kena semua watak ada cuma jalan cerita tu mungkin kena improvise baru consider remake? Aku pun tak pasti.. Tapi aku rasa watak Cikgu Bedah tu perlu ada baru cukup syarat nak panggil Adik Manja.. Hahahaha mungkin nama lain kot tapi watas serupa cikgu bedah tu ada...

To find out more about Adik Manja Returns.. apa kata kita ke panggung & saksikannya?! Owhhh.. Korang malas ye?! Takpe.. 2 minggu lagi tunggu aje kat Astro First.. mesti kua punya.. Hahahahahaha


Tuesday, December 18, 2012

Gila Khinzir

Apa sudah jadik dengan Blog aku.. penat aku menaip skalik ilang.. pundekkkk!!!! Gila Khinzir sungguh laaaa........... ape tah aku bebel² tadik dah lupa dah. Blogger nyer pasal lah nih... lupa suda aku. HUH!!!

Eh.. dah 18hb Disember dah ek?! pejam celik pejam celik aje kan? dah nak tahun baru dah pun.. Azam 2012 dah tercapai ke korang? Aku..? Azam aku cuma 1 aje... nak keluar dari kepompong financial issue dan alhamdulillah.. walaupun agak serik nyawa nak idop sepanjang tahun nih tapi aku masih mampu nak settlekan apa patut dan kewangan semakin terurus sekarang. Alhamdulillah!!

Tahun depan nyer azam... lom pikir lagik tapi no 1 adalah untuk menjayakan projek percutian STOPPING ISLAND!!! Nak gi bercuti kat Pulau Perhentian laaa.... dak gitu Affa & Azny?! Haa.. orang len kalo nak pollow marilah tapi wa tak sponsor lah ye? Sendiri tanggung la ek? 

Kenapa percutian pulak yang jadi azam 2013 nih? Owh... itu senang aje.. sebabnya ceta pasal nak gi Pulau Perhentian nih dah hampir 3 tahun.. plan dah 5 kali tapi manjang tak jadik aje.. so nih kali ke-6 plan harapannya menjadik lah. Kalau tidak rasa-rasannya kita kena gi mandi bunga la Affa.. mintak buang suwey asek plan xjadik aje.. huhuhuhu...

By the way.. aku ade dengar dulu omputeh kata 2012 nih nak kiamat.. makna tak menginjak kaki ler ke tahun 2013. Memang la dunia sekarang dunia akhir zaman.. tapi bila kejadian tu cuma Allah aje yang tahu.. kita tataw. Yang aku tak leh blah.. sebabkan ceta 2012 nih kiamat kat Astro (aku tak bape pasti pulak channel mana rasanya National Geographic kot).. Tajuk 'DOOMSDAY PREPPERS" Korang pernah tengok??! Gila khinzir mangkuk hayoon depa nih semua.



"Doomsday Preppers is an American reality television series 
that airs on the National Geographic Channel. 
The program follows various survivalists, or "preppers," 
preparing for the end of civilization. 
The series interviews people who are preparing to survive 
the various circumstances through which life 
as we know it might come to an end, 
including economic collapse, societal collapse, electromagnetic pulse, 
terrorist acts, nuclear incidents, fuel shortages, war, pandemics, etc. 
The interviews detail the actions that the preppers have taken, 
and end with an expert analysis and recommendations for improvements." 
~ Sumber : Wikipedia ~

Diorang nih prepare diri untuk menyelamatkan diri dari kiamat.. sipnopsisnya secara ringkas lah. Ada yang simpan makanan bertingkat² takut nanti dah kiamat takde makanan. Apeke bangangnya diorang nih semua? Kalo dah kiamat tu semua manusia ni mampus la.. bumi pun musnah lah xde yang selamat dah kot nak makanan pejadahnya lagik?! Ekekekeke... xpe lah.. dah kepala dia tiun camtu nak wat cemana.. kan?

Apa-apa pun masih berbaki kira-kira 12 hari lagi sebelum ke tahun baru.. gunakan lah 12 hari terakhir dalam tahun ini untuk mencapai apa-apa yang masih belum dicapai.. tahun depan nak capai benda lain pulak.. huhuhuhuhuhu...

Chiow bebeh!!!!!


Wednesday, December 5, 2012

Angin Laut Pengubah Arah

Baru-baru ini aku telah menghadiri satu kursus TOT selama 2 minggu. Bila mana akedemi letaknya di pesisir laut, maka tanpa sebarang prejudis aku & team mates telah disalai secara rela. huhuhu. Hari-hari kawad dowh.. memang laaa balik sume muka lebam aje terbakorrr. Ni baru 2 minggu.. kalo sebulan... Huuuuuhhhhhh!!! Rentung tahap mana pun aku xle nak imagine.

Now masa untuk memanjakan diri dan cuba untuk kembali memutihkan kulit (harapannnnnnnn ~). Balik pejabat aku dapat task baru. Portfolio bertambah. Ertikata lain semakin banyak kerja & tanggungjawab. Syukur sebab nampak gaya macam Mat Ropol mula nak beri kepercayaan pada aku. Dia datang & info aku directly bahawa task aku bertambah & matlamat yang dia nak aku capai dengan meletak aku kat situ. Atleast lu cakap direct ngan wa kan..??! Camtu la bagus.. senang wa nak wat keja.. bila dapat mandat direct bukan passing passing ceta cam dedulu. Huuuuhhhhhhhhh!!!!

So.. dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim.. semoga aku dapat menggalas tanggungjawab yang diberikan & menjalankan tugas dengan baik.. dan semoga musim-musim bekerja dalam suasana tegang itu berlalu pergi. Aminnnnnnnn!!!!!!!

Tuesday, December 4, 2012

Save GAZA



Semua orang tahu bumi Palestine sedang bergolak.
In fact sejak dulu lagi bumi Palestine ni tak pernah aman.
Rejim Zionist Israel semedang asek nak bom & bunuh rakyat Palestine aje.
HOII... TAK PENAT KE BERPERANG??!
Kau ingat kau tu Tuhan?!
Suka suka hati kau aje nak cabut nyawa orang?!

Aku akui aku masih lagi di takuk JAHIL
sebabnya aku masih lagi mengkaji sejarah peperangan
antara Palestine dan Israel ni..
Banyak yang aku baca sejak 2-3 tahun ni
Tapi aku masih belum boleh nak mendabik dada
mengaku faham perjuangan mereka ini.

Baru-baru ini salah seorang artis Malaysia yang cukup aku segani
iaitu Afdlin Shaukin Bin Aksan
telah mula mengorak langkah untuk membantu Palestine.
#SaveGAZA
Beliau telah mengumumkan bahawa sebahagian daripada keuntungan 
melalui kutipan tiket bagi filem terbaru beliau iaitu 
"Pontianak vs Orang Minyak"
akan diagihkan ke Aqsa Syarif Berhad
dan seterusnya disalurkan kepada Palestine.
Afdlin Shauki menyeru agar kita rakyat Malaysia
bersama-sama menderma bagi membantu
mereka yang memerlukan di GAZA.



Betapa aku kagum melihat kesungguhan beliau dalam
membantu untuk menyelamatkan GAZA.
Semalam.. 03.12.2012
Afdlin Shauki & team Aqsa Sharif
telah pun berlepas ke Palestine
dalam Misi Menyelamat Bumi Palestine.

Aku secara peribadi mengucapkan syabas kepada
Afdlin Shauki serta teamnya atas segala usaha yang dijalankan.
Aku melihat misi tersebut bukanlah misi peribadi beliau, 
tetapi lebih kepada misi kita semua Rakyat Malaysia 
bersama-sama beliau dalam membantu Palestine
dan beliau secara langsung menjadi wakil kita ke Gaza.
Aku juga ingin merakamkan ucapan selamat kepada
Afdlin Shauki & team 
semoga mereka berjaya dalam misi mereka 
dan selamat pulang ke tanahair kelak.