Friday, May 11, 2012

Nota Hari Ini ~ 17

Pangkat, kedudukan dan kuasa tidak akan bermakna sekiranya akal dan juga minda tidak seiring dengan taraf ketiga-tiga sabjek di atas. Berpangkat besar tapi tiada yang hormat kerana tidak punya karisma sebagai ketua. Berkedudukan tinggi tetapi tidak mampu untuk berfikiran matang dalam membuat keputusan. Punyai kuasa tetapi tidak digunakan secara positif. Sayang seribu kali sayang. Jika punya peluang, bilamana pangkat, kedudukan dan kuasa berada dalam genggaman, gunakanlah secara total dalam cara yang bersih dan terpuji. Kita hanya manusia. Segala yang diberikan hanyalah sementara. Sekurang-kurangnya jangan kita dikeji kerana tidak menjalankan amanah dengan baik.

No comments: