Sunday, January 29, 2012

Bosan

Bosan dengan orang yang tiada pendirian!! Aku tidak pernah kata aku baik. Aku tidak pernah kata aku sangat keras sehingga aku tidak bisa tersungkur layu. Aku biasa dalam kejatuhan. Kini masih lagi aku merangkak cuba naik dan kembali menyinar.

Tapi..pernahkah kita dengar pepatah mengatakan yang TUHAN TIDAK MENGUBAH NASIB UMATNYA MELAINKAN MEREKA SENDIRI BERUBAH ataupun YOU WON'T GET DIFFERENT RESULT WHEN YOU DIDN'T CHANGE YOUR DOINGS? Jadi kenapakah bila kita tahu kita perlukan sesuatu yang berbeza kita tidak memilih untuk berubah? Dan bila kita mula melangkah ke arah perubahan yang baik, kenapakah kita perlu berpatah kembali kepada keadaan yang sama yang membuatkan kehidupan kita teruk dan rapuh? Dimana pendirian untuk melangkaah kearah kemajuan atau kebahagiaan?

Aku ulang sekali lagi..aku tidak kata aku baik. Aku juga sedang cuba berubah untuk membina kehidupan aku menjadi lebih baik. Dan aku menggalakkan mereka-mereka yang mahu berubah ke arah kehidupan yang lebih positif dan berjaya. Tapi aku bosan dengan sikap berbolak-balik yang tidak teguh dengan kehendak dan kemahuan diri sendiri. Sekiranya kamu memilih untuk tidak berubah maka jangan kamu mengeluh dengan keadaan kamu yang tidak berpenghujung itu.

Aku tidak benci kamu yg sebegitu. Aku bosan nak mendengar cerita sedih yang kamu pilih sendiri dan melihat keadaan kamu yang begitu. Kerana pada aku, insan yang tiada pendirian adalah insan yang berpura-pura. Dan aku bersimpati kerana kamu kelihatan seperti tiada daya.. begitu lemah dalam memilih jalan terbaik bagi kamu. Apakah terlalu banyak pilihan hinggakan kamu tiada tahu memilih? Atau apakah kerana terdesak.. terlalu menghimpit hinggakan tidak mampu bernafas? Entah lah..

Aku yakin pasti ada sebab mengapa kamu begitu ~ mungkin sebab-sebab yang aku sendiri tidak akan dapat memahaminya. Kerana itu aku berdoa agar kamu menemui jalan kebahagian dalam hidup kamu. Walau mungkin tidak sekarang.. aku tetap doa yang terbaik untuk kamu di masa hadapan. Yakin, tetapkan pendiriaan dan akhirnya pasti yang terindah itu dalam dakapanmu. Insya-Allah!
Sent from my BlackBerry® smartphone

No comments: