Thursday, September 2, 2010

Aku & Kamu

Aku tak pandai berpuisi
Aku tidak puitis
Cuma yang aku tahu
Aku sangat sayang sama kamu

Bila pulang kerja
Aku mahu kamu sambut aku di muka pintu
Bila masuk tidur
Aku mahu kamu baring bersama denganku
Bila aku lena
Aku ingin jumpa kamu dalam mimpiku
Bila aku kembali berjaga
Aku mahu mataku melihat kamu dahulu

Salahkah aku mahukan begitu?
Walaupun kamu jauh...
Pun begitu anganku tetap sama..
Setiap hari setiap masa begitu..
Kerana yang aku tahu..

Aku Rindu Kamu
Aku Sayang Kamu
Aku Cinta Kamu

No comments: