Wednesday, September 29, 2010

Kurus Semula???

Seingat aku..aku nih memang bersaiz besar..cuma dulu fit lah sebab hari-hari training sukan..sekarang manade dah..tp kata kawan-kawan aku...aku memang dah bertambah gemuk...selama nih aku wat bodo jek lah..sebab saiz baju dan seluar aku pun xberubah sangat sejak 4-5 tahun dulu...

Bebaru nih kawan aku lak upload gambo lama aku..taken somewhere in 2004 or 2005...masa tuh aku keja kat Starbucks lagik..baru lah aku nampak..la haiiii.memang aku berubah rupa bentuk..hahahahahaha sengalnyer aku nih..




So...aku pun rasa it's time for me to change. Umo pun dah 30 tahun..dah tua dah..kalo tak jaga kesihatan macam mana nak idop hepi n ceria selalu ye dak...? yg tak tahan tu..aku siap beli penimbang berat..ekekekeke (tak pernah-pernah aku wat perangai camnih) konon nak monitor berat badan lah..so we'll see how it goes lah...


Guys...aku secara rasmi dan rendah diri (yg memang sedia rendah pun) mengumumkan berat badan aku hari ini adalah 85.4kg dan target aku selama 3 bulan nih (Oct - Dec) aku akan mula aktiviti aktiviti sihat aku kembali..

and target aku by 1st January 2011 aku dapat turunkan berat badan aku at least sebanyak 15kg...


bole takk???? plzz supportt......hehehehehehehehe





Sunday, September 5, 2010

Aku & Minatku

Seingat aku..dari mula aku belajar kenal huruf aku cukup suka membaca.. Tapi biasalah zaman dulu dulu baca buku yang entah hapa hapa..komik lah..novel cinta lah..kalo nk baca buku ilmiah ni kata orang langsung tak masuk book..ehehe jahilnya zaman kanak kanak dulu kan? Tapi aku ni peliknya suka cerita cerita sejarah.. Bak kata orang orang lama kalo tak sebab sejarah manusia ni akan terus hidup dalam kegelapan.. Ehehehe

2 - 3 bulan dulu bos aku datang opis bawak sebeban (walaupun xberat) video pendek.. Tajuk video tu 'The Arrivals'. Ade lah dalam 50 episod video pendek..tetiap satu amik masa 10min..aku punya syiok tgk video nih sampai sanggup copy disc bos aku n save kat external hard drive aku. Pastu aku check tengok schedule tak bape nak busy aku pun tengok la video tu..seb baik jugak aku nyer tv jenis LCD HDD and player DVD aku ade function USB..senang aku nk tgk ceta tu. Bayangkan la..9 jam solid aku terpacak depan tv and tengok ceta tu. Kata orang N.Sembilan tak begarit la aku..hahahahaha

Mesti korang fikir ape benda ceta 'The Arrivals' ni yg best sangat sampai aku tak muak tengoknye berkali kali.. Video ni lebih kepada dokumentari dimana penulis video ni ialah seorang Muslim warganegara Amerika. Ceta ni berkisar tentang kewujudan Dajjal dan kegiatan Freemasons yang sebenarnya yang support atau memuja Dajjal ni. Ada juga di selitkan bagaimana kedaan dunia Islam nanti pada akhir zaman selepas Dajjal ini keluar dari tempat persembunyiannya. Bagaimana Imam Mahadi muncul bersama-sama Nabi Isa A.S untuk menyelamatkan umat Islam ketika itu. Video ni asalnya telah ditayangkan di Youtube tapi paham paham aje lah..dunia kita ni dah dikuasai oleh orang-orang Yahudi jadi rasa aku video ni dah di ban dari website tersebut.. Malah bila aku surf internet dengan tujuan nak tengok ape lagi yang geng ni buat dalam kajian mereka sayangnya website yang disenaraikan tu pun dah tak wujud lagi.

Tapi aku sebenarnya bukan nk cerita pasal video tu sangat sekarang ni. Aku kena sebut juga sebab sejak aku tengok video tu minat aku terhadap sejarah Islam dah mula bercambah. Aku nak belajar tentang sejarah Islam dan perkara perkara lain yang berkaitan dengannya. Setakat ni aku dah beli beberapa naskah buku yang menceritakan tentang sejarah sejarah Islam, Yahudi dan Dajjal. Aku harap minat aku ini bukan hanya untuk topik ini tapi akan berkembang lebih lagi dari itu. Nanti lah lain kali aku tulis pasal buku buku yang aku baca.

Niat aku..biar ilmu yg sedikit nih aku kongsi bersama korang semua dengan harapan aku pun dapat ilmu dari korang. Yang baik datang dari Allah, yang tak baik datang dari kelemahan aku sendiri. Kalau ade apa-apa tulisan aku nih yang faktanya salah aku harap ada yang betulkan la ye..?jumpa lagi..

Thursday, September 2, 2010

Aku & Kamu

Aku tak pandai berpuisi
Aku tidak puitis
Cuma yang aku tahu
Aku sangat sayang sama kamu

Bila pulang kerja
Aku mahu kamu sambut aku di muka pintu
Bila masuk tidur
Aku mahu kamu baring bersama denganku
Bila aku lena
Aku ingin jumpa kamu dalam mimpiku
Bila aku kembali berjaga
Aku mahu mataku melihat kamu dahulu

Salahkah aku mahukan begitu?
Walaupun kamu jauh...
Pun begitu anganku tetap sama..
Setiap hari setiap masa begitu..
Kerana yang aku tahu..

Aku Rindu Kamu
Aku Sayang Kamu
Aku Cinta Kamu