Thursday, January 10, 2013

Politik Semakin Biadap

Entah kenapa semakin nak dekat dengan pilihanraya semakin cam kesiyal orang-orang politik ni punya isu. Sorry bro.. Wa memang tak layan politik & wa tak prefer mana-mana parti politik tanahair. Semua wa rasa sengal sebab dia ingat rakyat bangang agaknya. Tapi sebagai rakyat Malaysia & bakal pengundi, wa siyesly amik tahu gak apa yang jadi isu sekarang ni.

Wa bukan jurno.. So apa wa nak cakap adalah apa yg wa tahu & apa yang wa perhati tanpa memihak kepada sesapa. Wa pun takde la cerdik agama mana pun. Ini hanya pendapat orang kerdil cam wa kat muka bumi ni.

Baru-baru ni timbul isu Lim Guan Eng nak guna kalimah "Allah" dalam penghasilan terjemahan Bible dalam Bahasa Melayu. Sebelum wa nak jawab pasal isu ni.. Meh kita imbas balik apa itu Bible & mana datang kitab ni.

Bible sepertimana kita tahu, kitab suci penganut agama Kristian. Ajaran Jesus Christ sejak zaman sebelum wujudnya Islam. Banyak kajian berkaitan kitab-kitab suci dibuat sejak beratus tahun dahulu & dipercayai bahawa asalnya Bible ni adalah kitab suci.  Allah yang dinamakan sebagai Kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa A.S. Namun dek kepandaian manusia naskah asal Kitab Injil ini telah pun diubah beberapa kali dan dinamakan Bible ataupun Gospel. Old Testament & New Testament adalah bukti transformasi Bible.

Jadi.. dalam pemikiran aku, apabila Injil asal telah diubah sehingga menjadi Bible sekarang ini ~ bukankah itu adalah satu tanda dimana mereka telah menidakkan perintah Allah yang sebenar?! Kerana itulah didatangkan kepada umat manusia Rasul yang penghabisan iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Diturunkan Al-Quran yang lengkap bagi umat manusia untuk dijadikan panduan hidup. Ini termasuklah persoalan-persoalan sejarah umat nabi-nabi terdahulu. Al-Quran telah dijanjikan oleh Allah agar kesuciannya dipelihara atau dalam ayat mudahnya tidak akan mampu bagi orang lain untuk mengubah isi kandungan Al-Quran itu.

Apabila sejarah membuktikan Injil asal telah diubah & penafian terhadap perintah asal Allah dibuat oleh manusia-manusia terdahulu ~ bagaimanakah perlunya penggunaan kalimah "Allah" dalam terjemahan Bible Bahasa Melayu itu?!! Do you get what I mean?! Tak perlu lah kot.. Kau tidak recognize Dia, kau tak percaya pada Dia yet ko nak "guna" nama Dia?! WTF la kan...??!

Jadi terfikir pulak, apakah tujuan sebenar LGE dan orang-orang hebat Kristian ni?!! Mungkinkah satu lagi cubaan nak mengelirukan rakyat malaysia terutama orang-orang melayu ni?! Logiknya kalo dah Bible dalam Bahasa Melayu market pembacanya pastilah Melayu..kan?! Cubaan nak menyesatkan orang-orang Islam kah?!

Logiknya isu ini kalo tak ditangani sekarang, impaknya bukan tahun depan tapi 50 - 100 tahun lagi dimana waktu itu silap gaya naskah sebegini dijadikan rujukan dengan membawa ideologi "Allah tu Tuhan kita la agama Kristian ~ peluklah agama Kristian". Untuk menyokong ideologi tu pula dikatakan "Islam agama selepas kami jadi dia tiru kami sebab itu nama Tuhannya sama ~ tak betul tu banyak dah diubah". Nauzubillahiminzalik. Mintak jauh lah perkara-perkara macam ni.

Kenapa aku cakap macam ni?! Aku nak tanya korang la.. ramai yang lebih cerdik & pandai dari aku ni.. aku taw. Korang ingat tak sejarah Perang Salib?! Dikatakan ketika Perang Salib lah kitab-kitab, buku-buku & ilmu-ilmu yang berasal dari cendekiawan Islam telah dirampas & dimusnahkan oleh penganut-penganut agama Kristian pada zaman itu. Ibn Sina contohnya dikenali sebagai "Avicenna" di dunia barat. Tapi ada tak barat kata "Avicenna" ni sebenarnya Islam??!! Takde.. sampai lah kajian dibuat barulah kita tahu sebenarnya Avicenna ni adalah Ibn Sina ilmuan Islam.

Jadi, berdasarkan cerita sejarah ini.. mungkinkah rakyat kita dimasa akan datang akan disorok daripada hal asal & sebenarnya, sekiranya penggunaan kalimah "Allah" dalam Bible Bahasa Melayu ini dibenarkan?!! Mungkin.. kan???!! Jadi harus kita berhati-hati daripada sekarang.

Sultan Selangor dah pun bertitah bahawa perkara ini tak boleh dilakukan. Kenapakah masih ada yang nak pertikaikan?! Isu ini begitu sensitif & tak seharusnya dipertikaikan oleh sesiapa. Ahli-ahli politik sekalian, silalah cari isu yang lebih bernas daripada membangangkan diri membahas isu-isu panas macam ni. Ingat! Majoriti pengundi adalah MELAYU yg beragama ISLAM. Kalau masih berani menyentuh soal-soal sensitif sebegini padahnya anda mungkin akan kehilangan undi.

~ nak berkuasa sekalipun sila cerdik jangan jadi bangang.. pengundi zaman sekarang ni bukan pengundi "YES BOSS".. tapi pengundi pemikir. Renung2kan lah ye? ~

*** Yg baik datang dr Allah S.W.T & yang tidak baik itu adalah dari kekhilafan aku sendiri. Wallahualam ***

Sent from my BlackBerry® smartphone.

Wednesday, January 9, 2013

Welcome 2013!!

I hope it's not too late for me to wish everyone Happy New Year 2013. Seriously I totally forgot about it. Dayummmmm!!!!! Dah tua dah makin pelupa agaknya... huhuhu.

After a week in this brand new year, I would say it has been great & I hope that it will be great throughout the year. Giller busy aku sekarang.. keja tak berhenti pagi - petang - siang - malam. Siyesly aku happy giller dengan perubahan ni. Walaupun tak cukup rehat, I know that I'll be smiling from ear to ear on my PAYDAY!! Syukur! Syukur! Syukur! Alhamdulillah.

Cita-cita aku yang terutama untuk tahun ini ~ nampaknya masih mengekalkan tema tahun lepas iaitu NAK SELESAIKAN SEGALA MASALAH KEWANGAN AKU!! Masih optimis bahawa ia mampu untuk aku capai. Tahun lepas tak berjaya sebab banyak sangat anasir²  yang menggangu-gugat pungutan kewangan aku. Tahun nih segala mala benda tu insyaAllah dah berkurangan berbanding tahun sudah. Sewa umah dah jatuh 50%. Belanja minyak keta pun dah turun 50%. Belanja keperluan asasi pun semakin rendah. Pendapatan pulak naik hampir 40%. Maka kalo keadaan ini berterusan bermakna insyaAllah mampu aku nak selesaikan semuanya secepat mungkin. Lain-lain impian ~ tak de sangat sebenarnya. Kita tengok aje lah macam mana nanti.

Aku harap tahun baru ni akan lebih baik untuk korang semua. Stay focus in whatever that we want to achieve. If we strive and try our level best towards our goal, Inshaa Allah we will be successful. Peace upon you. Happy New Year guys!! :) 


Wednesday, January 2, 2013

Janjiku

Debaran melanda
Bukan kerana terlalu percaya
Iman ini masih utuh kepada Yang Esa
Tapi adakala hati kecil berbisik gusar
Adakala getar bimbang menjelma
Bagaimana jika sangkakala itu bergema?
Bagaimana jika ianya menjadi nyata?
Bagaimana jika esok tiada lagi?

Tuhan..
Masih banyak yang ingin ku lakukan
Masih belum cukup ilmu dan amalan
Untuk dibawa ke hari perhitungan
Masih belum terbalas jasa ayah dan bonda
Masih belum ku tebus segala khilaf ku
Masih belum cukup untuk aku mencurah kasih
Masih berbaki segala-galanya

Sesungguhnya Esamu tetap ter-Agung
Tidak Kau jadikan ia nyata
Tidak Kau tarik nikmat masa
Syukur..
Syukur..
Syukur..
Dalam sujud aku bersyukur
Masih punya esok bagiku
Masih punya waktu untuk aku
Masih Kau beri peluang pada aku
Membahagiakan mereka insan terutama dalam hidupku
Membahagiakan Kau dengan amalan-amalan ku

Janjiku
Pada ayah, bonda dan keluarga
Setiap satu jasamu terhadapku
Walau mungkin tak mampu ku balas semuanya
Tetap akan aku cuba
Dengan membahagiakan kamu
Hingga hujung nyawaku

Janjiku
Pada sahabat yang sentiasa bersama
Tiap jatuh duduk dan berdiri
Ihsan kalian tetap aku kenang
Gandingan tangan kita ini
Biar utuh ditelan zaman
Persahabatan ikhlas demi Tuhan

Janjiku
Pada sang kekasih yang tersayang
Limpahan cinta ini
Tak mungkin terungkap dengan kata-kata
Rasa ini ikhlas terhadapmu
Setia ini jitu hanya untukmu
Semoga aku bisa membahagiakan mu
Sebagaimana kamu membahagiakan aku
Semoga kasih ini diredhai oleh-Nya


Syukur..
Syukur..
Syukur..
Syukur pada Tuhan
Masih punya peluang
Bagi aku menyempurnakan janjiku buat semua



**** Puisi ini ditulis khas bagi program #SayItLikeYouMeanIt
yang bakal berlangsung di China House, Penang pada 27 Januari ini *****