Thursday, February 2, 2012

Cinta Yang Gila?

Aku baru sudah menyembang panjang dengan teman-teman rapat. Lepas sorang..sorang member chat dengan aku. Mostly berkenaan dengan cinta. Eh, betul ke cinta itu gila? Atau orang yang gila aje yang bercinta? Ke orang jadi gila sebab jatuh cinta?

Situasi Satu
~ Terlalu menyayangi, dalam tanpa sedar emosi menguasai diri hingga tergamak meluah kata-kata yang mengguris perasaan si kekasih.. "Berkawan biar seribu berkasih biar satu" kata orang lama.. tapi jadi paranoid pulak. Ingat semua orang kawan dengan si kekasih tu nak bukan sekadar berkawan tapi nak tackle kekasihnya. Hanya kerana naluri yang berdetik rasa curiga terhadap kesetiaan si kekasih. Tuduhan demi tuduhan, cacian dan makian dilontar. Berkata-kata itu boleh tapi biarlah dengan bukti, bukan hanya kerana curiga ~ serkap jarang maknanya tu.

Situasi Dua
~ Dek kerana terlalu banyak pertelingkahan dari bahagia dalam perhubungan, lantas yang tidak sanggup menanggung derita itu mengalah dari berjuang. Hubungan terlerai. Tetapi si kekasih pula yang tidak mahu mengalah masih diawangan memikirkan diri itu masih di damba. WAKE UP!!! Orang dah tak mahu tak perlu dipaksa. Dimana letak harga diri dan maruah? Berulang kali menerangkan yang hubungan itu tidak mampu diteruskan.. "Bertepuk sebelah tangan kan takkan berbunyi"

Ontah laaa...xpaham den doooo.....

Sent from my BlackBerry® smartphone