Kedudukan saya sekarang ~ membuatkan saya memilih untuk berdiam daripada berkata-kata kerana pada saya bila berdiam membuatkan jiwa saya tenang dan membuatkan otak saya lebih fokus untuk berfikir.
Ia mungkin menyebabkan orang lain berpendapat bahawa saya melarikan diri dari masalah. Sebenarnya tidak! kerana tiada orang yang boleh lari dari masalah. Saya cuma berdiam untuk berfikir jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah saya. Lagipun.. bercakap banyak itu akan mengusutkan lagi keadaan dan membuatkan otak menjadi lagi serabut. Silap gaya bertambah teruk pulak konflik itu.
Itu cara saya untuk menyelesaikan konflik yang sedang saya hadapi...oranglain? Sila tepuk dada tanya selera bagaimana anda menyelesaikan masalah anda dengan bijak.