Terasa begitu lama aku tidak menulis. Bukan hanya terlalu sibuk dengan kerja yang saban mencabar setiap hari ~ tetapi kerana aku juga tidak punya sesuatu untuk ku garap secantik lukisan dunia seindah bahasa pujangga.
Aku merindui keluarga ~ terlalu sebenarnya. Tapi aku terpaksa menyisih sementara bagi mengurus kembali kehidupan yang agak carca-marba ini. Terlalu banyak yang ku tanggung hingga tak sanggup aku nak melihat wajah bonda yang berkerut-kerut bertanyakan khabar kehidupan aku. Tak apa lah mak.. nanti adik balik jugak. Bukan adik tak nak balik langsung. Tunggu ye mak.. sampai adik selesai segala urusan. Tak lama mana dah.. InsyaAllah!!
Kamu yang bersama aku hampir 2 tahun. Aku lepaskan kamu segalanya. 6 bulan ini aku mencuba untuk memulihkan hubungan kita. Nyatanya tiada lagi lagu merdu itu bergema dijiwa aku. Aku semakin jauh kamu semakin jauh.. tiada tenang bila bersama.. tiada ceria ketika bersua. Hanya lakonan semata-mata oleh 2 insan yang memerlukan dalam keterpaksaan. Terlalu sakit jiwa kita dengan lakonan ini. Jadi biarlah ia berhenti sebelum kita ditertawa. Kamu tetap istimewa cuma hati aku bukan milik kamu lagi.
Dan sekalian kamu berempat yang sentiasa bersamaku. Aku pilu melihat apa yang terjadi antara kita. Apakan daya kita manusia biasa. Pilihan terletak pada kita. Memilih yang terbaik diantaranya. Semoga ia menjadi pengalaman yang cukup berharga bagi kita semua. Kamu semua tetap akrab bagi ku dan tiada akan ku pilih diantara kamu kerana aku menyanyangi kamu semuanya sama banyaknya. Jika aku diberi pilihan memilih diantara kamu akan aku pohon agar ajal menemuiku sebelum jawapan itu terbit dari bibir ini.
Dan kamu berdua yang jarang-jarang aku ketemu. Kamu tetap sahabat terutama bagiku. Yang sentiasa melihatku dari jauh. Bertanya khabar biarpun tiada peluang kita berkumpul sebagaimana selalu dulu. Aku bersyukur aku punya sahabat sebaik kamu berdua yang sentiasa memahami aku dari dulu hingga kini. Biarlah jauh dari pandangan mata.. asal di hati dan minda tidak pernah aku terlupa.
Aku mungkin sendiri disini. Memenuhi setiap masa yang aku ada dengan bekerja. Mata tidak lekang mengadap kaca berwarna..jari tidak pernah berhenti menekan papan kekunci. Namun aku tenang.. sangat tenang dan gembira. Kerana aku bisa tersenyum dalam gundah yang melanda dimana resah yang bergelora ini tidak mampu ku ungkapkan dengan perkataan. Kerana aku tahu.. kesemua kamu ada bersama-sama ku biarpun jarak dan masa kita terbatas. Terima Kasih atas kasih sayang ini. Ia membuat aku teguh berdiri dalam mengemudi kehidupan yang mencabar ini.
p/s: Nanti Kita Kua Makan Sama-Sama Ye??!! hehe