No, I really don't think so That you think I'd be incapable of being on my own No, I really don't think so That I would for a second let you back in through my door I have spent many nights Even when you are by my side I shed tears I couldn't dry I shed tears I couldn't dry But I should thank you for Taking my blindfold off now I ain't jaded no more, no more And I take pride in being the one that said goodbye That could only mean
I am me, once more You would turn your head the other way
So you won't have to listen to what I have to say You assume that I needed you But you didn't realize that I needed no one but myself I needed no one but myself But I should thank you for Taking my blindfold off now I ain't jaded no more, no more And I take pride in being the one that said goodbye That could only mean I am me, once more That could only mean I am me, once more That could only mean I am me, once more
~ This Song From ZEE AVI Really Are The Best Words To Describe My Feelings Right Now ~
Semalam aku tonton astro - biografi Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Teruja sebab aku tahu aku bakal mengetahui pelbagai cerita tentang arwah yg mungkin ada selama ini aku tak tahu...somemore siapa yg tak minat dgn P.Ramlee?? idola ku..setiap bait lagu ciptaannya begitu puitis dan menusuk jiwa.
Sejam pertama aku masih steady..masih lagi senyum sendirian mendengar cerita-cerita menarik olahan para sahabat arwah..namun masuk jam kedua..ceria ku hilang. Baru aku tahu..P.Ramlee meninggalkan Studio Jalan Ampas (Shaw Brothers) kerana janji manis Studio Merdeka..kononnya bila pulang ke Kuala Lumpur beliau diberi kebebasan berkarya. Namun semua janji-janji kosong belaka. Dengan bajet yang sedikit mana mungkin P.Ramlee mampu membuat karya bermutu tahap A+++ sebagaimana yang pernah dihasilkan di Studio Jalan Ampas, Singapura.
Betapa sayunya hati bila melihat komen-komen orang ramai yang lebih tepat ku katakan orang Melayu kita bila tidak lagi menghargai karya P.Ramlee, diejek dan dikeji beliau sehingga akhir hayatnya. Sebelum pada ini pernah aku terfikir..P.Ramlee bintang yg besar..gah..malah ramai karyawan luar negara yang turut memuja beliau tapi anak-anak beliau hidup melarat. Seolah-olah terlalu daif dan tidak berpelajaran..melihatkan dokumentari ini barulah aku faham kenapa mereka sekeluarga menjadi sebegitu rupa.
Apabila karyanya tidak lagi dihargai..cakap senangnya dah tak laku lagi..semua pihak menarik diri dari bersama-sama dengan P.Ramlee..beliau tidak lagi mempunyai pendapatan dan paling sedih bila diberitahu yang beliau hanya duduk di kantin RTM ketika menemani isterinya Allahyarham Saloma membuat show di sana.
Mungkin benar kata orang-orang lama..apabila kita kecewa dan sedih, neutron-neutron negatif berada di sekeliling kita ditambah pula dengan kejian, makian dan yang sewaktu dengannya..lama kelamaan semangat diri, kekentalan jiwa akan mula padam. ketika itulah seorang yang bernama manusia akan "mati" sebelum ajalnya. Aku percaya..P.Ramlee begitu awal meninggalkan kita bukan hanya kerana itu adalah ketentuan Illahi tetapi semangatnya juga telah mati lama dahulu sebelum masanya.
Al-Fatihah buat P.Ramlee. Semoga beliau berada dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.