Saturday, August 28, 2010

Article Yg Menyentuh Jiwa

Semalam article yg aku tulis kepada Berita Harian di siarkan di akhbar tersebut. Dalam pada berani aku menulis ada juga rasa kecut sekiranya apa yg ku tulis itu tidak disenangi oleh pihak pengurusan tertinggi. Bukan aku tak biasa menerima notis pertukaran..cuma aku gentar sekiranya apa yg ku tulis itu membuatkan ego pihak atasan tercabar dan mungkin rahsia jabatan secara tidak sengaja ku buka untuk tatapan umum.

Seharian aku dengan rasa berdebar-debar..aku melihat, aku menanti dan aku mendengar komen-komen teman sepejabat dan aku lihat post di wall FB dr rakan-rakan setugas di tempat lain. Betapa terharunya aku bila melihat..ada titis-titis air mata menitik bilamana mereka selesai membaca garapan ringkasku itu. Menjelang tengah malam, aku dapati sebanyak 80org rakan sekerja yang menyiarkan article tulisan ku di FB. 

syukur alhamdulillah..debaran aku hilang bilamana aku lihat reaksi-reaksi positif dan ucapan tahniah diberikan kepadaku atas tulisan itu walaupun ada diantara mereka tidak mengetahui siapa penulis sebenar article itu. Salah seorang teman rapatku memberikan semangat agar aku meneruskan usaha mengubah persepsi masyarakat dan media terhadap kami pegawai-pegawai imigresen  yang seringkali di pandang jijik kerana timbulnya kisah-kisah pincang yang amat mengaibkan. 

Insya-Allah..sekiranya ada komentar dr pengurusan yang aku rasa perlukan ulasan mendalam akan ku buka kitab rahsiaku dan ku tulis dengan pena tanjam yang tidak bermata ini agar masyarakat mendapat informasi yang sebenar-benarnya.


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JabatanImigresenbekerjatanpapedulikekurangan/Article/